Ada kalanya ketika anda membesar, rakan-rakan dan anda mungkin dapat melihat aktiviti-aktiviti yang baharu, dan menarik kepada anda. Orang muda mempunyai kecenderungan yang tinggi untuk mengambil risiko. Ramai remaja memulakan aktiviti ini sebagai cara untuk melepaskan diri daripada tekanan. Beberapa aktiviti mungkin kelihatan menarik kerana para remaja yang "cool" melakukannya. Sesetengah orang mungkin dibuli untuk mencuba aktiviti-aktiviti tertentu.
Adalah penting untuk menilai setiap aktiviti baharu yang anda ingin terokai. Adalah penting untuk mengetahui kesan fizikal, psikologi dan sosial setiap aktiviti yang anda dan rakan anda cuba lakukan. Kebanyakan aktiviti berisiko hanya melegakan tekanan jangka pendek dan akan memberikan anda lebih banyak masalah dari masa ke semasa.
Tidak kira apa yang anda temui, anda tidak harus dipaksa melakukan sesuatu yang anda tidak kehendaki. Belajar untuk mengatakan "Tidak" atau bercakap dengan orang dewasa yang boleh dipercayai. Anda juga boleh mencari maklumat yang berguna dan profesional di laman web. Mari kita terokai beberapa perkara yang remaja seusia anda ingin ketahui. Ada juga pautan laman web dengan penerangan yang lanjut dan sumber bantuan untuk anda.

Merokok
Merokok adalah salah satu bentuk penggunaan dadah rekreasi yang paling biasa. Menghisap rokok adalah bentuk yang paling popular dan menyebabkan ketagihan. Merokok mempunyai kesan kesihatan yang negatif kerana penyedutan asap rokok boleh merosakkan badan seperti menyebabkan masalah pernafasan. Purata kadar kematian pesakit yang merupakan perokok jangka panjang adalah dua kali lebih tinggi berbanding bukan perokok. Maklumat tambahan mengenai merokok boleh didapati di: http://taknak.myhealth.gov.my/
|
Penagihan Dadah
Penglibatan belia dalam dadah haram semakin meningkat di Malaysia. Pengenalan terhadap dadah rekreasi, digabungkan dengan gaya hidup rave dan kewujudan dadah psikoaktif telah menyebabkan orang muda lebih terdedah kepada penyalahgunaan bahan terlarang. Contoh penyalahgunaan dadah termasuk menghidu gam, penggunaan pil ecstasy dan rave, heroin, kokain dan syabu. (http://pengasih.org/guides/)
Alkoholisme
Alkoholisme disifatkan sebagai keinginan, toleransi, dan keasyikan terhadap alkohol. Di Malaysia, kira-kira 5% anak-anak sekolah menengah didapati melakukan binge drinking (minum jumlah banyak dalam waktu yang singkat). Isu-isu kesihatan dan sosial yang berkaitan dengan binge drinking termasuk kemalangan, keganasan, mabuk alkohol, terlibat dalam tingkah laku seksual yang berisiko seperti seks tanpa perlindungan dan homoseksual. (http://www.myhealth.gov.my/minuman-keras/)
Ketagihan Internet
Apabila Internet mula berkembang di Malaysia, ketagihan Internet muncul sebagai isu kesihatan dan sosial, terutamanya di kalangan remaja. Ketagihan Internet adalah aktiviti kompulsif yang melibatkan penggunaan Internet yang berlebihan, penarikan dan kesan negatif termasuk pengasingan sosial, pembohongan, pencapaian yang rendah dan keletihan. Bermain game secara berlebihan adalah satu contoh. Berapa kerapkah anda menyemak Facebook, Twitter atau Instagram? Berapa lama anda dan rakan-rakan anda berbelanja di kafe siber?
Buli Siber
Buli siber termasuk menggunakan Internet atau mana-mana peranti teknologi lain seperti telefon bimbit untuk menghantar mesej yang berbahaya dan agresif. Pembuli siber akan menghantar e-mel yang mengancam mangsa, mengambil gambar atau video mereka dan menghantarnya ke dalam talian (misalnya Facebook, Instagram atau YouTube) atau berkata buruk mengenai mangsa di bilik sembang. Ini boleh menyebabkan mangsa berasa seperti dalam keadaan bahaya dan tidak berdaya. Sekurang-kurangnya satu daripada tiga kanak-kanak di Malaysia yang mengakses Internet mengatakan bahawa mereka pernah mengalami buli siber (Marret & Choo, 2014).
Perjudian
Perjudian bukanlah sesuatu yang asing dalam kalangan remaja Malaysia. Bentuk perjudian yang paling biasa adalah permainan kad dan tiket loteri segera. Ini mungkin kelihatan tidak berbahaya tetapi sesetengah kanak-kanak beralih dari bermain permainan ini kepada jenis perjudian yang lebih serius di penghujung usia remaja. Remaja yang dilaporkan terlibat dalam tingkah laku berisiko tinggi (seperti merokok, penggunaan alkohol, penglibatan dalam pergaduhan fizikal, perlumbaan kenderaan haram) juga lebih cenderung untuk berjudi (Sheela et al, 2016)
Kemurungan & Pemikiran untuk Bunuh Diri
Adalah perkara biasa bagi remaja lelaki dan perempuan kadang kala mengalami perasaan muram atau merasa "down". Zaman remaja adalah masa yang rumit, dengan banyak perubahan fizikal, emosi, psikologi dan sosial. Para remaja memerlukan bimbingan untuk memahami semua perubahan emosi dan fizikal yang mereka alami. Apabila mood anda mengganggu keupayaan anda untuk berfungsi dari hari ke hari, ia mungkin menunjukkan gangguan emosi atau mental yang serius yang memerlukan perhatian - kemurungan remaja.
Jika anda atau mana-mana kawan anda terkesan oleh kesedihan yang melampau, hilang harapan atau mempunyai pemikiran untuk membunuh diri, dapatkan bantuan segera.
Jika anda atau mana-mana kawan anda terkesan oleh kesedihan yang melampau, hilang harapan atau mempunyai pemikiran untuk membunuh diri, dapatkan bantuan segera.
Gangguan Pemakanan
Diet adalah perkara biasa di kalangan remaja. Tetapi gangguan pemakanan seperti anoreksia atau bulimia nervosa boleh dicetuskan oleh diet yang melampau. Seseorang yang melakukan diet yang ekstrem (mengetatkan pengambilan kalori secara melampau untuk satu tempoh masa) akan meningkatkan risiko mereka untuk mengalami masalah gangguan pemakanan.
Merempit
Mat Rempit adalah istilah tempatan yang digunakan untuk menggambarkan seseorang yang melakukan pemanduan laju secara haram yang melibatkan motosikal di jalan raya awam. Beberapa ciri Mat Rempit (Rozmi et al, 2009) termasuk:
Merempit adalah satu aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia. Penyebab yang paling biasa bagi remaja terlibat dalam kegiatan ini adalah kerana pengaruh rakan sebaya. Bukan sahaja ia membahayakan penunggang motosikal, tetapi juga pengguna jalan raya lain seperti menyebabkan kecederaan fizikal atau yang paling teruk, kematian. Selain itu, remaja-remaja ini lebih senang tertarik kepada tingkah laku berisiko yang lain seperti penyalahgunaan alkohol dan penagihan dadah. Orang dewasa bertanggungjawab untuk menanamkan kesedaran kepada mereka tentang akibat negatifnya.
- Kumpulan pemuda
- Menggunakan motosikal berkuasa rendah
- Perlumbaan haram
- Mungkin melibatkan pertaruhan
- Melakukan kegiatan secara berkumpulan (selalunya tidak rasmi)
- Aksi yang berbahaya dan mengganggu ketenteraman awam
Merempit adalah satu aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia. Penyebab yang paling biasa bagi remaja terlibat dalam kegiatan ini adalah kerana pengaruh rakan sebaya. Bukan sahaja ia membahayakan penunggang motosikal, tetapi juga pengguna jalan raya lain seperti menyebabkan kecederaan fizikal atau yang paling teruk, kematian. Selain itu, remaja-remaja ini lebih senang tertarik kepada tingkah laku berisiko yang lain seperti penyalahgunaan alkohol dan penagihan dadah. Orang dewasa bertanggungjawab untuk menanamkan kesedaran kepada mereka tentang akibat negatifnya.
Walau bagaimanapun, faktor-faktor yang menyebabkan mereka merempit bukanlah semata-mata berpunca daripada remaja dan rakan sebaya tetapi terdapat juga remaja yang terabai di mana penjaga mereka tidak memberi perhatian yang mencukupi untuk menghalang mereka daripada terlibat dalam anasir buruk. Sebagai penjaga dan guru, tindakan yang mudah seperti memberi perhatian kepada mereka mampu memberi perbezaan kepada tingkah laku mereka. Apabila remaja sedar ada orang yang prihatin dan menyayangi mereka, mereka tidak mungkin terlibat dalam tingkah laku berisiko tinggi kerana mereka tahu ia akan membuat orang lain kecewa. Bagi mereka, memperolehi kepercayaan dari orang dewasa adalah satu perkara yang bernilai. Oleh itu, layanan penjaga terhadap remaja boleh menjadi pengaruh positif dan akhirnya menghalang remaja daripada merempit.
Melepak
Adalah tidak memeranjatkan jika melihat sekumpulan remaja yang berjalan-jalan di sekitar pusat membeli-belah atau taman-taman dengan pakaian seragam sekolah mereka. Adakah ibu bapa mereka tahu? Berapa banyak wang yang ada di dalam saku mereka? Adakah guru mereka mengambil tindakan? Adakah ini baik?
Walaupun ia amalan biasa, ia tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat. Alasan utama mengapa mereka melepak terletak pada diri remaja itu sendiri. Nilai utama di sini adalah menghargai masa. 'Masa itu emas!' Mereka gagal memahami bahawa usia dan masa muda mereka sepatutnya digunakan semaksimum mungkin untuk mencapai kejayaan dan kestabilan masa hadapan. Sebaliknya, bergaul dengan orang yang salah juga memberi pengaruh negatif rakan sebaya. Apabila remaja tidak diberi teguran mengenai aktiviti melepak oleh penjaga mereka, mereka akan fikir tidak ada salahnya untuk berbuat demikian.
Oleh itu, perhatian dan kasih sayang dari penjaga atau ibu bapa adalah penting untuk menghalang mereka daripada terlibat dengan rakan-rakan yang suka melepak. Akhir sekali, masyarakat kita seolah-olah menganggap budaya lepak sebagai satu fenomena biasa. Sikap masyarakat memainkan peranan penting dari segi mengambil tindakan terhadap kutu lepak ini. Apabila, kita membuat mereka sedar bahawa ia sesuatu yang tidak 'baik' untuk dilakukan, ini memberi mesej secara tidak langsung kepada remaja bahawa ia tidak boleh diterima dalam masyarakat. Bukankah bijak jika terdapat undang-undang kerajaan sebenar yang menentang budaya lepak?

Ponteng
Ponteng adalah tidak hadir ke sekolah tanpa kebenaran. Ini menyebabkan remaja keciciran dari sekolah dan terlibat dengan tingkah laku berisiko tinggi. Penyebab-penyebab ponteng termasuk:
- Pelajar:
- Mangsa buli
- Gred yang rendah dalam prestasi akademik
- Masalah mental seperti Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD)
- Masalah pembelajaran yang tidak didiagnos
- Keluarga:
- Penderaan dan Pengabaian
- Masalah kewangan
- Kurang perhatian
- Sekolah:
- Pemantauan yang lemah dari segi kehadiran harian
- Harapan guru yang tinggi terhadap prestasi akademik
- Guru yang kurang memahami pelajar
- Takut untuk ke sekolah
Dadah Perangsang (Spiking Drink)
Pernahkah anda mendengar tentang seseorang yang tidak ingat apa-apa selepas minum satu minuman? Spiking drink adalah satu bentuk keracunan di mana mangsa tidak mengetahui kandungan tambahan dalam minumannya. Minuman dicampuradukkan kerana beberapa sebab. Ini termasuk kerana hiburan atau untuk memudahkan serangan seksual, rogol atau pencurian.
Alkohol adalah bahan yang paling biasa digunakan untuk tujuan ini. Ia boleh ditambah kepada minuman ringan (tanpa alkohol) tanpa pengetahuan anda, membuatkan anda pening, pengsan atau keliru. Dadah yang digunakan dalam spiking drink sering dikenali sebagai "dadah rogol dating" (date rape drugs), walaupun ia tidak semestinya digunakan untuk serangan seksual. Bagaimanakah anda boleh cuba mengelak spiking drink? Sentiasa pastikan yang anda peka tentang keselamatan anda pada setiap masa.
Untuk maklumat lanjut mengenai isu ini, layari laman web: http://www.myhealth.gov.my/en/dadah-peransang/ |
Seks Komersial
Pelacuran adalah aktiviti industri seks yang dilakukan untuk ganjaran kewangan.
Pelacur adalah seseorang yang telah dipaksa atau secara rela menawarkan atau memberikan perkhidmatan seks kepada orang lain sebagai balasan pembayaran secara tunai atau barangan. Perkataan lain untuk menerangkannya termasuklah ‘ayam’, perzinaan, pekerja seks, atau ‘anak ikan’.
Pelacuran adalah haram di Malaysia di bawah kod jenayah Seksyen 327B. Kanak-kanak di bawah 18 tahun yang terlibat dalam pelacuran hendaklah dianggap sebagai mangsa penderaan. Penglibatan mereka dalam industri ini biasanya disebabkan oleh banyak punca dan kebanyakannya bukan atas pilihan mereka sendiri.
Terdapat banyak sebab mengapa seseorang memilih untuk melibatkan diri dalam seks komersial. Antaranya termasuk:
Terdapat banyak akibat jika seseorang memilih untuk terlibat dalam seks komersial. Antaranya adalah:

- Latar belakang keluarga yang pelbagai
- Pengaruh rakan sebaya
- Penyalahgunaan dadah
- Sejarah zaman kanak-kanak
- “MakNyah”: Wanita transgender atau "maknyah" di Malaysia adalah orang yang mempunyai krisis identiti mengenai jantina mereka. Transeksual adalah seorang individu yang merasakan bahawa dia adalah wanita yang terperangkap dalam tubuh lelaki. Sesetengah daripada mereka kemungkinan berkesudahan menjadi pelacur disebabkan keadaan dan golongan ini semakin ramai di Malaysia. Diskriminasi sosial bukan sahaja menyebabkan mereka terlibat dalam pelacuran, tetapi juga menjadikan mereka sukar untuk mencari pekerjaan yang betul.
Terdapat banyak akibat jika seseorang memilih untuk terlibat dalam seks komersial. Antaranya adalah:
- Berisiko tinggi untuk dijangkiti penyakit jangkitan seksual.
- Terkesan secara psikologi
- Membawa kepada tingkah laku tak beretika seperti pembuangan bayi/pengguguran kerana kehamilan yang tidak diinginkan
- Berisiko tinggi untuk dijangkiti oleh Human Papilloma Virus yang menjadi penyebab utama kanser serviks.
Bertukar-tukar Pasangan Seks
Ada kalanya remaja mempunyai ramai pasangan seksual kerana mereka tidak bersedia untuk terikat dengan satu orang atau mereka tidak pasti apa yang mereka cari. Apabila hubungan utama mereka tidak berjalan lancar atau tidak memenuhi jangkaan mereka, mereka cuba mencari pasangan lain untuk memenuhi keperluan mereka. Selain itu, remaja yang mempunyai tingkah laku yang berisiko seperti meminum alkohol, merokok dan terlibat dalam penyalahgunaan bahan terlarang mungkin mempunyai ramai pasangan seksual.
Faktor yang menyumbang kepada ramai pasangan seks adalah seperti berikut:
Apa salahnya dengan bertukar-tukar pasangan? Bertukar-tukar pasangan seks menyebabkan mudah diserang dan berisiko lebih tinggi untuk mendapat penyakit kelamin, HIV dan kanser seperti kanser serviks. Bukti telah menunjukkan bahawa bertukar-tukar pasangan seks boleh meningkatkan risiko penyebaran HIV. Tambahan pula, risiko bertukar-tukar pasangan juga memberi kesan kepada kesihatan emosi seseorang. Mempunyai berbilang pasangan menjadikannya sukar untuk mengekalkan hubungan yang sihat.
Wanita muda yang melibatkan diri dalam aktiviti bertukar pasangan seks tanpa perlindungan lebih berisiko tinggi mengalami kehamilan yang tidak diingini yang menyebabkan stigma, pengguguran tidak selamat dan menjadi ibu tunggal. Mempunyai ramai pasangan seks menjadikannya sukar untuk mengesan bapa anak itu. Adalah penting untuk semua remaja sedar betapa pentingnya seks dengan perlindungan.
Faktor yang menyumbang kepada ramai pasangan seks adalah seperti berikut:
- Mempunyai banyak pasangan membuat anda merasa lebih berharga dan meningkatkan harga diri.
- Bias jantina: Lelaki merasa lebih berkuasa dan terkendali apabila mempunyai ramai pasangan seksual.
- Pengaruh rakan sebaya: Rakan-rakan juga mempunyai ramai pasangan seksual.
- Latar belakang keluarga: Keluarga atau komuniti mempunyai banyak perkongsian seksual.
- Berbilang pasangan dapat memenuhi keperluan dan memberikan keperluan pada masa-masa yang berlainan.
- Latar belakang sosial: Mempunyai berbilang pasangan untuk mendapatkan wang.