Kerangka Aktiviti
Aktiviti |
Masa |
Bahan |
Apa itu Cinta? |
15 minit |
Aktiviti 3.1 |
Mari Menyanyi! |
20 minit |
Aktiviti 3.2 |
Apakah hubungan ini sihat? |
10 minit |
Aktiviti 3.3 Kuiz (laman web) |
Siber grooming Firdaus dan Lisa |
10 minit |
Video |
Rumusan |
5 minit |
Mesej untuk dibawa pulang |
Jumlah |
60 minit |
Persiapan dan Bahan
- Pen penanda
- Nota 'Post-it'
- Kertas mahjong
- Gunting
- Radio/tablet/computer riba/telefon pintar
- Lirik lagu
- Video - Siber Grooming Firdaus dan Lisa
Video - Sexting is not COOL
Video - Lisa Surihani #SayaSayangSaya
Video - Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu)
Video - Klik Dengan Bijak (Berkongsi Secara Berlebihan)
Video - Cyber Grooming Firdaus & Lisa
Aktiviti 3.1: Apa itu Cinta?
Masa: 15 minit
Bahan-bahan: Kertas yang besar (saiz badan jika boleh), gunting, pen penanda, nota post-it.
Tujuan: Untuk memperkenalkan konsep hubungan yang sihat dan menunjukkan bahawa cinta membawa maksud yang berbeza bagi orang yang berbeza, namun walau apapun definisinya, kekasaran BUKAN salah satu daripadanya
Aktiviti:

- Lukis satu bentuk hati yang besar dia atas sekeping kertas besar.
- Tampalkan hati itu pada dinding dan dapatkan pen penanda untuk mulakan aktiviti.
- Tuliskan perkataan "Cinta ialah..." di atas hati.
- Ajak setiap pelajar memberikan definisi yang menjawab pernyataan "Cinta ialah..." dengan meminta idea daripada kelas hingga hati itu hampir penuh.
Perbincangan: Jelaskan bahawa terdapat banyak cara untuk mengekpresikan rasa cinta antara individu.
Sumber: https://www.breakthecycle.org
- Apakah jenis perkataan yang tersenarai dalam hati kita? Apakah ada perkataan yang muncul banyak kali atau beberapa kali? Apakah jenis perkataan-perkataan ini?
- Adakah terdapat apa-apa yang anda tidak lihat dalam hati ini? Bagaimana perasaan anda terhadap perkataan-perkataan ini? Apa yang anda tidak rasa? Adakah terdapat apa-apa yang anda tidak pasti sama ada ia perlu ada di dalam hati?
- Kenapa ada begitu banyak perkataan yang berbeza? Adakah perkataan yang anda tidak bersetuju?
- Gunakan perbincangan mengenai cinta untuk membolehkan para pelajar meluahkan mengenai apa yang sihat, tidak sihat atau kelakuan yang kasar. Bolehkah ada cinta dalam hubungan yang kasar? Adakah itu sebab untuk kekal dalam perhubungan?
Sumber: https://www.breakthecycle.org
Aktiviti 3.2: Mari menyanyi!
Masa: 20 minit
Bahan-bahan: Radio/tablet/komputer riba/telefon pintar dan lirik lagu yang diketahui.
Persiapan: Cari lagu-lagu popular terkini yang diketahui pelajar. Sediakan rakaman bersama anda (contohnya pada telefon pintar) dan/atau cetakkan lirik.
Tujuan: Untuk menggalakkan pelajar berfikir tentang apa yang mereka dengar setiap hari mengenai perhubungan yang sihat dan menghargai apa yang mereka dengar setiap hari. Fikirkan tentang bagaimana kata-kata negatif mempengaruhi pandangan seseorang mengenai perhubungan.

- Pasangkan dan dengarkan tiga atau lima lagu-lagu remaja popular masa kini.
- Menyanyi bersama dan tulis lirik-lirik ini.
- Baca lirik dan lihat apa maksudnya. Tanya pelajar bagaimana perasaan mereka tentang lagu dan lirik. Bagaimanakah lirik lagu-lagu ini memberi kesan kepada perhubungan orang muda? Adakah lirik ini menyokong perhubungan yang sihat?
- Sekiranya kumpulan itu besar, minta pelajar untuk menulis atau mengenalpasti kata-kata dan tingkah laku yang sihat/tidak sihat yang mereka dengar dari lagu tersebut.
Soalan:
Cadangan lagu:
Lagu-lagu Melayu
a) Ketulusan Hati – Anuar Zain
b) Gemuruh – Faizal Tahir
c) Sedalam-dalam rindu – Tajul
d) Permata Cinta – Aiman Tino
Lagu-lagu Inggeris
a) Hero – Mariah Carey
b) Greatest Love of All – Whitney Houston
c) Shape of You – Ed Sheeran
d) Side to side – Ariana Grande and Nicky Minaj
- Lagu apa yang menitikberatkan mengenai perhubungan yang sihat dan mengapa?
- Bagaimanakah perasaan anda ketika mendengar lagu-lagu ini?
- Apakah kesan lagu-lagu sebegini pada perhubungan orang muda?
- Mengapa lagu-lagu ini popular?
Cadangan lagu:
Lagu-lagu Melayu
a) Ketulusan Hati – Anuar Zain
b) Gemuruh – Faizal Tahir
c) Sedalam-dalam rindu – Tajul
d) Permata Cinta – Aiman Tino
Lagu-lagu Inggeris
a) Hero – Mariah Carey
b) Greatest Love of All – Whitney Houston
c) Shape of You – Ed Sheeran
d) Side to side – Ariana Grande and Nicky Minaj
Video untuk Aktiviti 3.2
Ketulusan Hati - Anuar Zain |
Gemuruh - Faizal Tahir |
|
|
Sedalam-dalam Rindu - Tajul |
Permata Cinta - Aiman Tino |
|
|
Hero - Mariah Carey |
Greatest Love of All - Whitney Houston |
|
|
Shape of You - Ed Sheeran |
Side to Side - Ariana Grande |
|
|