Kerangka Aktiviti
Aktiviti |
Masa |
Bahan |
Mini-kuliah |
10 minit |
Slaid |
Keindahan Tubuh Kita |
15 minit |
Aktiviti 1.1 |
Sistem Pembiakan Lelaki |
10 minit |
Aktiviti 1.2a (modul) Lelaki dan akil baligh: permainan (lawan web) |
Sistem Reproduktif Wanita |
10 minit |
Aktiviti 1.2b (modul) Wanita dan akil baligh: permainan (laman web) |
Mitos berkenaan haid |
10 minit |
Aktiviti 1.3 |
Rumusan |
5 minit |
Mesej untuk dibawa pulang |
Jumlah masa |
60 minit |
Persiapan dan bahan
- Pen penanda
- Nota 'Post-it'
- Papan carta/kertas mahjong
- Lembaran teka-teki (Aktiviti 1.2a & 1.2b)
Aktiviti 1.1 - Keindahan Tubuh Kita
Bahan-bahan: Kertas mahjong besar bersaiz manusia (anda boleh gabungkan 2 helai bersama-sama), Pen Penanda dan nota Post-it.
Masa: 15 minit
Aktiviti: Jelaskan bahawa tubuh terdiri daripada bahagian-bahagian yang berlainan. Dalam aktiviti ini, kita perlu belajar menghormati pelbagai bahagian tubuh kita. Galakkan anak-anak untuk melukis garisan tubuh sebenar mereka pada kertas mahjong. Labelkan kesemua bahagian tubuh yang anda tahu.
Perbincangan: Jelaskan bahawa mengetahui bahagian-bahagian tubuh manusia yang berlainan membolehkan kita memahami bentuk dan fungsi dengan lebih baik. Bahagikan kepada 4 kumpulan bagi menunjukkan perubahan ini: (1) kanak-kanak perempuan (2) kanak-kanak lelaki (3) remaja perempuan (4) remaja lelaki. Galakkan pelajar untuk melabelkan seberapa banyak bahagian yang boleh, dalam bahasa tempatan jika mereka tidak pasti.
Gunakan nota Post-it untuk menekankan kawasan/istilah penting tertentu yang mungkin menjadi pantang larang. Contohnya, alat kelamin, payudara, zakar - menggalakkan mereka bahawa badan itu harus dilihat dengan hormat, dan mengetahui kesemua bahagian membolehkan kita memahami tubuh kita yang indah dengan lebih baik.
Nota Praktikal: Ini adalah aktiviti yang menyeronokkan yang biasanya bermula dengan banyak ketawa dan kekecohan, tetapi beransur tenang dengan kemudahan pengetahuan apabila para pelajar mula menghargai maklumat tersebut

Aktiviti 1.3: Mitos Berkenaan Haid
Masa: 10 minit
Aktiviti:
Adakah kenyataan berikut ini BENAR atau PALSU?
Perbincangan: Jelaskan bahawa banyak mitos-mitos dan pantang larang di sekitar kita, tetapi tanyakan remaja jika terdapat sebarang asas saintifik terhadap kenyataan-kenyataan seperti di atas. Langkah pertama untuk berhenti mitos adalah untuk memahami apa itu kitaran haid dan kepentingannya. Sebaik sahaja anda sedar, anda boleh membantu orang lain dengan memberikan maklumat yang betul kepada mereka.
Aktiviti:
Adakah kenyataan berikut ini BENAR atau PALSU?
- Wanita yang sedang haid adalah kotor, sakit dan disumpah [PALSU]
- Haid adalah satu proses yang normal dan biasa. Ini tidak bermakna apa-apa yang tidak kena dengan seseorang wanita atau gadis tersebut.
- Perempuan yang sedang haid tidak sepatutnya mandi [PALSU]
- Kebersihan adalah sangat penting semada kitaran haid. Pad dan tampon perlu ditukar dengan kerap, sekurang-kurangnya setiap 4 jam. Wanita atau remaja perempuan boleh bermandi seperti biasa. Dia juga boleh bersukan seperti biasa.
- Kitaran haid dikawal oleh hormon [BENAR]
- Ia dikawal oleh estrogen dan progesteron, hormon wanita yang dirembes oleh ovari bersama dengan hormon dari otak (hipotalamus) dan kelenjar pituitari.
- Adalah mustahil untuk hamil ketika datang haid [BENAR]
- Seorang wanita tidak boleh hamil semasa haid
Perbincangan: Jelaskan bahawa banyak mitos-mitos dan pantang larang di sekitar kita, tetapi tanyakan remaja jika terdapat sebarang asas saintifik terhadap kenyataan-kenyataan seperti di atas. Langkah pertama untuk berhenti mitos adalah untuk memahami apa itu kitaran haid dan kepentingannya. Sebaik sahaja anda sedar, anda boleh membantu orang lain dengan memberikan maklumat yang betul kepada mereka.
Aktiviti tambahan: Fakta dan mitos
Masa: 20 minit
Bahan-bahan yang diperlukan: Slaid handout (boleh rujuk jadual di bawah)
Kaedah:
Bahan-bahan yang diperlukan: Slaid handout (boleh rujuk jadual di bawah)
Kaedah:
- Fasilitator akan diberikan slaid mengenai mitos dan fakta bagi objektif di atas.
- Fasilitator akan memaparkan setiap slaid.
- Mana-mana pelajar digalakkan untuk mengangkat tangan dan memberi jawapan secara bebas (Fasilitator diperlukan untuk menggalakkan pelajar menjawab soalan dan memberi alasan kepada jawapannya).
- Fasilitator akan memberikan jawapan yang betul dan menerangkan jawapan tersebut.
- Selesaikan sesi dengan jawapan dan maklum balas.
- Tekankan kepentingan mengetahui fakta-fakta sebenar dan memperbetulkan salah tanggapan tentang mitos-mitos umum.
Bil |
Soalan |
Jawapan |
1 |
Di manakah sperma dihasilkan? |
Testis |
2 |
Di manakah persenyawaan berlaku? |
Tiub Fallopio |
3 |
Apakah fungsi utama ovari? |
Untuk menghasilkan telur |
4 |
Di manakah terletaknya ovari? |
Pada paras pinggul |
5 |
Berapa harikah terjadinya kitaran haid? |
purata 2-7 hari |
6 |
Di manakah telur melekat setelah disenyawakan oleh sperma? |
Lapisan dinding rahim |
7 |
Kitaran haid berhenti semasa _________? |
kehamilan |
8 |
Organ yang manakah menghasilkan hormon seks pada wanita? |
Ovari |
9 |
Organ yang manakah menghasilkan hormon seks pada lelaki? |
Testis |
10 |
Di kawasan manakah sperma mencapai kematangan? |
Epididermis |
11 |
Seseorang wanita adalah hamil apabila….. |
Persenyawaan berlaku |
12 |
Apakah tempoh purata kehamilan normal? |
9 bulan |
13 |
Seseorang wanita akan mengalami haid secara teratur ___________ |
Sekali sebulan |
14 |
Berapa banyakkah sperma yang perlu untuk persenyawaan? |
1 sperma |
15 |
Persenyawaan dalaman berlaku apabila ____________ bergabung |
sperma dan ovum |
16 |
Tubuh kanak-kanak berubah semasa __________ |
Akil baligh |
17 |
Apa berlaku apabila zakar mengeras dan tegak? |
Ereksi |
18 |
Apakah proses yang berlaku apabila air mani/cecair keluar dari zakar lelaki ketika ereksi? |
Ejakulasi |
19 |
Ketika kitaran haid, apakah yang dirembes dalam ovari perempuan? |
Telur |
20 |
Bilakah masanya seseorang perempuan boleh hamil? |
Apabila bermulanya kitaran haid |