Sayangi Badan Kita, Sayangi Diri Kita - Mari belajar mengenai Sistem Reproduktif
Pengenalan
Remaja adalah fasa yang sangat istimewa untuk seseorang individu disebabkan mereka sudah tidak lagi menjadi kanak-kanak, namun, mereka masih belum seorang dewasa. Remaja akan melalui perubahan dari segi fizikal, intelek, dan sosial dalam perjalanan mereka ke alam dewasa. Dalam perjalanan mereka kearah kebebasan, golongan ini cenderung untuk melakukan sesuatu yang baru dengan ujikaji dan menguji kelemahan diri. Mereka boleh terdedah atau melakukan perbuatan yang berisiko seperti merokok, minum arak dan menagih dadah. Perbuatan sedemikian juga boleh menyebabkan mereka terdedah kepada masalah kesihatan reproduktif.
Ini adalah penting untuk anda mengakses maklumat yang tepat dan memahami kesihatan seksual dan reproduktif supaya mereka boleh menjalani kehidupan yang sihat dan bermakna. Mempelajari tentang kesihatan seksual dan reproduktif adalah hak anda! Mari kita terokai tubuh badan manusia!