Seseorang boleh mendapat STI, (contohnya herpes atau ketuat alat kelamin), dengan menyentuh kawasan yang dijangkiti iaitu melalui sentuhan kulit ke kulit dengan kudis yang dijangkiti.
Beberapa mitos tentang STI:
Beberapa mitos tentang STI:
- STI tidak akan berlaku kepada saya
- Ini tidak benar - STI hanya berlaku kepada beberapa jenis orang tertentu. Ini tidak benar. Sesiapa sahaja yang melakukan hubungan seksual yang tidak dilindungi atau hubungan seks yang tidak selamat boleh dijangkiti STI.
- Anda tidak akan dijangkiti STI jika anda hanya melakukan seks oral / seks dubur.
- Ini tidak benar - bakteria atau virus yang menyebabkan STI boleh memasuki badan melalui luka kecil di mulut serta alat kelamin. Mana-mana jenis seks oral / dubur tanpa perlindungan boleh menyebabkan STI.
- Saya akan tahu jika saya mempunyai STI atau jika orang yang menjadi pasangan saya mempunyai STI.
- Ini tidak benar - Anda tidak boleh mengetahui jika seseorang mempunyai STI atau tidak hanya dengan melihat mereka. Sesetengahnya menunjukkan gejala ringan dan sesetengah yang lain tidak menunjukkan apa-apa tanda , namun mereka masih boleh menjangkiti orang lain. Atas alasan yang sama juga, sesetengah orang yang mempunyai STI tidak menyedari bahawa mereka sedang dijangkiti.
Apa perkara lain yang anda tahu mengenai STI? Adakah ianya mitos atau fakta?
Bolehkah anda pulih dari STI? Pencegahan adalah lebih baik dari merawat – termasuklah STI. Sekiranya tidak dirawat, beberapa jenis STI boleh menyebabkan kerosakan kekal pada organ pembiakan anda, seperti kemandulan, kandungan di luar rahim bagi ibu yang mengandung, kecacatan pada bayi yang dikandung, jangkitan kepada bayi semasa proses kelahiran dan juga kematian janin.
STI boleh menjejaskan kedua-dua lelaki dan perempuan di semua peringkat umur - jika mereka melakukan hubungan seks tanpa perlindungan. Adalah penting untuk mengetahui apa yang anda boleh lakukan untuk melindungi diri anda daripada jangkitan ini.
Adakah anda tahu terdapat banyak STI yang tidak mempunyai sebarang tanda atau gejala? Adakah anda tahu bahawa menahan diri daripada melakukan seks vagina tidak melindungi diri anda sepenuhnya atau mengurangkan risiko anda untuk dijangkiti STI?
STI tersebar dengan mudah kerana anda tidak mungkin dapat mengetahui jika seseorang itu dijangkiti dengan STI . Malah, kebanyakan orang tidak tahu bahawa mereka sendiri dijangkiti STI lalu menyebarkan jangkitan ini kepada orang lain tanpa mereka sedari.