Makan makanan sihat dan aktif secara fizikal mempunyai banyak manfaat selain daripada hanya mencegah penyakit. Ia boleh membantu anda:
- Lebih cemerlang di sekolah
- Mempunyai lebih banyak tenaga untuk bergembira, seperti keluar dengan rakan-rakan anda
- Berkawan dengan mereka yang berkongsi minat dengan anda dalam tarian, sukan, atau aktiviti lain
- Menguatkan otot anda
- Meningkatkan mood anda
Kendali Kesihatan Anda: Diet & Pemakanan
Pemakanan sihat melibatkan mengawal apa dan berapa banyak yang anda makan.
Pernahkah anda dengar tentang piramid makanan?
Pernahkah anda dengar tentang piramid makanan?
Piramid makanan adalah rajah yang mewakili bilangan sajian yang optimum untuk dimakan setiap hari dari setiap kumpulan makanan asas.
Berapa sajian dari setiap kumpulan perlu anda ambil setiap hari?
Aras |
Jenis Makanan |
Aras 4 (puncak) |
Makan sedikit Lemak, minyak, gula dan garam. |
Aras 3 |
Makan dengan sederhana Ikan, ayam, daging dan kekacang.
|
Aras 2 |
Makan dengan banyak Buah dan sayur-sayuran
|
Aras 1 (dasar) |
Makan secukupnya Nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian 4-8 sajian / hari |
Garis Panduan Pemakanan Kanak-kanak dan Remaja Malaysia mencadangkan:
Anda juga boleh menggunakan cara yang mudah untuk membantu anda menentukan berapa banyak yang perlu dimakan setiap hari! PINGGAN SIHAT adalah gambarajah yang menunjukkan saiz yang sesuai bagi protein, biji-bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pinggan (lihat rajah di bawah). Jenis makanan yang perlu dimakan remaja ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:
- Makan pelbagai makanan dalam pengambilan makanan yang disyorkan.
- Dapatkan berat badan yang sihat untuk pertumbuhan optimum.
- Aktif secara fizikal setiap hari.
- Makan nasi, bijirin atau ubi-ubian (kentang, keledek, ubi kayu) secukupnya
- Makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
- Mengambil jumlah ikan, daging, ayam, telur, kekacang dan kacang dalam jumlah yang sederhana.
- Mengambil susu dan produk tenusu setiap hari.
- Tambah lemak dalam jumlah dan dari jenis yang sesuai ke dalam diet.
- Menghadkan pengambilan garam dan sos.
- Mengambil makanan dan minuman yang rendah gula.
- Minum banyak air setiap hari.
- Memakan makanan dan minuman yang selamat dan bersih.
- Mendidik anak-anak tentang penggunaan maklumat nutrisi pada label makanan.
Anda juga boleh menggunakan cara yang mudah untuk membantu anda menentukan berapa banyak yang perlu dimakan setiap hari! PINGGAN SIHAT adalah gambarajah yang menunjukkan saiz yang sesuai bagi protein, biji-bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pinggan (lihat rajah di bawah). Jenis makanan yang perlu dimakan remaja ditunjukkan dalam gambar rajah di bawah:
Senaman & Kecergasan
Anda mungkin pernah mendengar yang senaman bagus untuk tubuh anda. Tahukah anda yang ianya baik untuk minda anda? Pakar-pakar telah mengesyorkan agar remaja mendapat 60 minit atau lebih aktiviti fizikal setiap hari. Berikut adalah beberapa ganjaran dan manfaatnya:
|
Senaraikan 3 senaman yang anda suka lakukan? Apakah aktiviti-aktiviti baru yang anda ingin cuba?