Pemerdagangan manusia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja!
Apa yang kita miliki mungkin adalah produk hasil pemerdagangan manusia. Pemerdagangan manusia dalam bentuk pengeluaran produk pengguna berleluasa sehingga kita tidak menyedari bahawa kita pernah membelinya atau menggunakannya.
- Tidak mengira status, latar belakang pendidikan, agama, bangsa, umur atau jantina
- Kebanyakan mangsa berumur di bawah 18 tahun
- Terdapat juga orang dewasa yang diseludup
Apa yang kita miliki mungkin adalah produk hasil pemerdagangan manusia. Pemerdagangan manusia dalam bentuk pengeluaran produk pengguna berleluasa sehingga kita tidak menyedari bahawa kita pernah membelinya atau menggunakannya.
Apa yang tidak kita ketahui
- Pemerdagangan manusia dianggap sebagai PERHAMBAAN moden!
- Mangsa dikawal dan dieksploitasi sebagai buruh paksa dengan atau tanpa upah Mangsa biasanya tidak terikat oleh undang-undang dan terperangkap dari semua aspek (secara fizikal, psikologi dan kewangan) oleh pedagang haram mereka.
- Ia berlaku di hadapan mata kita!
- Ia tidak hanya berlaku di pinggir-pinggir bandar. Ia berlaku tepat di tengah-tengah bandar! Mungkin di restoran, daerah merah, salon atau malah di pejabat!
- Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
- Tidak kira status seseorang, latar belakang pendidikan, agama, bangsa, umur atau jantina. Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak dan perempuan di bawah umur 18 tahun. Walau bagaimanapun, terdapat juga lelaki dan orang dewasa yang diperdagangkan.
- Apa yang kita miliki mungkin merupakan produk hasil dari mangsa pemerdagangan.
- Pemerdagangan manusia dalam bentuk pengeluaran produk pengguna terlalu berleluasa sehingga kita tidak menyedari bahawa kita penggunanya.
Siapa yang diperdagangkan atau diseludup?
Berdasarkan statistik pemerdagangan manusia di Malaysia (2010-2015), secara keseluruhan, terdapat 1532 wanita dan 360 orang lelaki yang menjadi mangsa. Jika dikategorikan mengikut umur, terdapat 18 orang berumur bawah 18 tahun dan 1762 berumur 18 tahun ke atas.
Mangsa yang diperdagangkan sebagai hamba seks
Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, faktor terbesar terhadap pemerdagangan seks kanak-kanak adalah permintaan yang tinggi dalam industri seks komersial. Mengapa mereka memilih kanak-kanak? Kerana mereka adalah:
- Lebih lemah.
- Lebih murah.
- Tidak akan menuntut pembayaran yang tinggi.
- Polos.