Kebanyakan wanita ingin hamil. Kebiasaannya, wanita ingin hamil apabila mereka sudah bersedia untuk mempunyai anak dan dapat menjaganya dengan baik. Malangnya, berjuta-juta wanita menghadapi kehamilan yang tidak diingini setiap tahun. Kehamilan yang tidak diinginkan ini mungkin disebabkan oleh: i) Mereka tidak mengamalkan langkah berjaga-jaga seperti menggunakan kondom atau alat kontraseptif semasa melakukan hubungan seks; atau ii) Kegagalan alat kontraseptif. Adakah anda sedar bahawa semua kaedah kontraseptif mempunyai risiko kegagalan (kecuali abstinen)?
Sesetengah orang yang mengalami kehamilan yang tidak diinginkan, tidak mahu meneruskan kehamilan tersebut. Tahukah anda, apakah yang dilakukan oleh golongan muda dengan kehamilan yang tidak diinginkan? Jabatan Kebajikan Masyarakat di Malaysia menerima laporan 115 kes pembuangan bayi pada tahun 2010 (Cochrane J & Ming GL, 2013). Pada fikiran anda, mengapakah bayi-bayi ini dibuang?
Apakah tanda-tanda seseorang wanita hamil? Tidak datang haid biasanya merupakan tanda pertama kehamilan.
Jika seseorang merasakan dirinya mungkin hamil, langkah pertama adalah melakukan ujian air kencing. Kit ujian kehamilan boleh dibeli di mana-mana farmasi tanpa preskripsi. Wanita yang hasil ujian kehamilannya positif harus pergi berjumpa doktor untuk mengesahkan keputusan tersebut.
Apakah pilihan wanita yang mengalami kehamilan yang tidak diinginkan?