Komunikasi bukan sekadar percakapan, tetapi juga mendengar dan menunjukkan anda faham apa yang dikatakan. Dalam perhubungan, anda harus berasa selesa untuk tidak hanya membangkitkan perkara yang menggembirakan, tetapi juga perlu yakin yang anda dan pasangan boleh bercakap tentang masalah yang mendukacitakan atau sukar dalam hidup anda.
Komunikasi terbuka dan jujur adalah penting untuk hubungan yang sihat.
Apa yang boleh kita lakukan untuk cuba berkomunikasi dengan lebih baik?
Bagaimana berkomunikasi ketika anda marah?
Komunikasi terbuka dan jujur adalah penting untuk hubungan yang sihat.
Apa yang boleh kita lakukan untuk cuba berkomunikasi dengan lebih baik?
- Cari waktu yang tepat untuk bercakap.
- Bercakap secara bersemuka – ini mengurangkan kebarangkalian berlaku salah faham, terutamanya pada topik yang sukar.
- Ingatlah bahawa sangat mudah untuk tersalah tafsir mesej teks.
- Jadilah pendengar yang baik
- Gunakan kenyataan "Saya"; contohnya, "Saya kecewa" dan bukan "Anda membuat saya kecewa".
- Bertanya jika anda tidak faham apa yang dikatakan.
- Jangan menyerang atau berhadapan dengan konfrontasi.
- Jujur - jelaskan bagaimana perasaan anda dan apa yang anda perlukan. Tiada siapa yang boleh membaca fikiran anda.
- Semak bahasa tubuh anda - bagaimana anda bergerak, dan ekspresi wajah anda adalah sebahagian daripada perbualan.
- Gunakan peraturan 48 jam - "jika anda sudah tidak kecewa selepas 48 jam, maka perkara tersebut tidak penting untuk marah".
Bagaimana berkomunikasi ketika anda marah?
- Berhenti.
- Fikir,
- Cakap.
- Dengar.
Bagaimanakah anda mengatakan "TIDAK" apabila anda tidak bersedia terhadap sesuatu?
Sebagai contoh, jika anda ditawarkan rokok atau didesak untuk melakukan hubungan seks. Ramai remaja tidak bersedia dan berasa sukar untuk mengatakan "TIDAK" kepada seseorang yang anda suka mahupun kawan-kawan.
Jika anda tidak mahu merokok, suarakan untuk diri sendiri. Jika pasangan anda mengancam untuk berpisah kerana anda tidak mahu melakukan hubungan seks, ini adalah petanda yang anda berada dalam hubungan yang tidak sihat. Berikut adalah beberapa tip untuk berkata "TIDAK":

- Yakin pada diri anda sendiri dan tahu apa yang anda mahukan. - Ini bermakna berfikir tentang situasi itu sebelum ia berlaku, dan berfikir mengapa anda perlu mengatakan "TIDAK" apabila situasi timbul.
- Katakan "TIDAK" dengan kuat. Anda tidak perlu menerangkan kepada sesiapa pun mengapa anda tidak mahu melakukan apa yang mereka minta. Anda boleh terangkan jika anda mahu, tetapi anda tidak perlu.
- Beritahu mereka alternatif yang anda selesa, contohnya sekadar berpegangan tangan, atau menonton filem sahaja.
- Jangan hanya menggunakan bahasa tubuh - katakan dengan kuat menggunakan perkataan. Dengan jelas dan terus kepada maksud, lihat mata orang itu, jangan senyum atau ketawa apabila anda berkata "TIDAK".
- Anda juga boleh memberitahu pasangan bahawa anda menyayanginya, tetapi anda tidak bersedia untuk mengadakan hubungan intim.