Penderaan seksual memberi kesan yang berbeza kepada individu yang berbeza.
- Kepercayaan yang terjejas dalam perhubungan - Penderaan boleh dilakukan oleh seseorang yang dikenali mangsa, dan boleh menyebabkan mangsa takut untuk mempercayai sesiapa lagi.
- Persepsi diri yang lemah - Dia mungkin merasa sangat teruk dan kehilangan keyakinan diri.
- Mimpi ngeri/Imbasan - Adalah perkara biasa bagi mangsa mengalami mimpi buruk atau mempunyai memori yang tidak menentu tentang apa yang berlaku.
- Jangkitan seksual - STI boleh merebak melalui sebarang persetubuhan, terutama jika kondom tidak digunakan.
- Kehamilan yang tidak diingini - Sesiapa yang telah dirogol harus mengambil Pil Kontraseptif Kecemasan dalam masa 3 hari dari kejadian tersebut. Pil ini boleh didapati di kebanyakan farmasi, dan di hospital awam. Ia bukan sahaja digunakan dalam kes-kes rogol, tetapi juga apabila seseorang lupa menggunakan kontraseptif, atau sekiranya kondom mungkin bocor. Jangan takut untuk meminta Pil Kecemasan jika anda memerlukannya.