Abstinen (menahan dan mengelakkan diri dari hubungan seks) adalah perlindungan terbaik terhadap STI dan merupakan satu-satunya jaminan 100% untuk tidak dijangkiti STI.
Jika anda berumur 16 tahun ke bawah, menjalinkan hubungan seks adalah salah disisi undang-undang kecuali jika anda telah berkahwin.
Memilih untuk abstinen adalah pilihan peribadi. Anda boleh membuat keputusan itu untuk diri sendiri dengan mengambil kira ajaran agama anda, maklumat mengenai pendidikan seksual dan pendidikan anda. Keputusan anda harus dihormati oleh pasangan anda. Berbincang secara terbuka dengan pasangan anda. Pastikan anda membuat pilihan yang sesuai.

Bagaimana kondom menjadikan hubungan seks lebih selamat?
Kondom membentuk halangan antara zakar dan dubur, vagina atau mulut. STI tersebar melalui bakteria atau virus dalam cecair badan kita. Halangan ini dapat menghindar cairan daripada masuk ke dalam atau terkena pada pasangan. Kondom juga mengurangkan sentuhan kulit ke kulit.
Kondom adalah penghalang yang baik. Kondom dianggap kaedah pencegahan yang terbaik. Kondom boleh mencegah jangkitan seksual dalam kalangan mereka yang aktif melakukan hubungan seks.
Walau bagaimanapun, kondom bukanlah 100% berkesan dalam pencegahan STI, ia hanya mampu mengurangkan risiko jangkitan.