Pengenalan
Kita sering dihadapkan dengan perbezaan menjadi lelaki dan perempuan; yang ditekankan sejak kita dilahirkan. Apakah maksudnya menjadi perempuan atau lelaki? Adakah ia hanya ditentukan oleh organ-organ seks kita yang kita pelajari dalam Modul 'Sayangi Badan Kita, Sayangi Diri Kita'?
Gender adalah status sosial dan undang-undang yang dimiliki perempuan dan lelaki. Ia termasuk gabungan kompleks antara kepercayaan, tingkah laku dan ciri-ciri. Gender biasanya memberi kesan kepada cara anda bertindak, rasa, bercakap dan berkelakuan seperti seorang perempuan atau lelaki. Ini diekspresikan sebagai identiti gender kita.
Masyarakat dan budaya kita menentukan peranan gender dan apa yang maskulin dan feminin. Memahami apa itu gender membantu kita memahami diri kita dengan lebih baik, sebagai perempuan dan lelaki.