seKetika zaman remaja, anda mula memperluas hubungan anda dengan kumpulan orang yang berbeza . Anda mula menyedari bahawa hubungan yang berbeza datang dengan cabaran yang berbeza.
Hubungan kekeluargaan kadang-kadang melibatkan konflik, ada sebahagiannya yang mungkin sukar dan mengkibatkan tekanan. Pada waktu-waktu begini komunikasi dan sokongan yang padu serta perasaan hormat-menghormati antara satu sama lain adalah penting. Kadang-kadang, anda atau rakan anda mungkin menghadapi situasi seperti perselisihan mengenai sesuatu keputusan, peraturan rumah, kerja rumah atau ibu bapa yang perlu bekerja jauh dari rumah, ibu bapa yang sibuk atau mungkin hanya mempunyai seorang ibu atau bapa dalam keluarga.
Sebagai seorang remaja, bagaimana anda rasa perubahan hubungan dengan ibu bapa anda?
Ingatlah bahawa ibu bapa anda juga pernah menempuh zaman remaja suatu masa dahulu dan mereka juga pernah menghadapi masalah yang sama. Ibu bapa bertanggungjawab terhadap penjagaan dan kebajikan anak-anak mereka dan mereka selalunya bertindak demi kepentingan anak-anak mereka. Oleh itu, cubalah berkomunikasi, berinteraksi dan berbincang dengan mereka. Berfikiran terbuka terhadap pandangan mereka adalah satu tindakan yang positif dan boleh mengurangkan berlakunya konflik.
Remaja ada kalanya tertanya-tanya mengapa mereka harus mematuhi banyak peraturan rumah dan mematuhi ibu bapa mereka. Sekiranya peraturan ini tidak diperjelaskan dengan betul mengenai kepentingan mengapa perlu diikuti, ia boleh mengakibatkan berlakunya perbalahan di antara remaja dan ibubapa. Oleh itu, adalah penting bagi ibu bapa sentiasa berkomunikasi dengan remaja, memberitahu mereka sebab dan akibat sekiranya melanggar peraturan yang ditetapkan . Kemesraan dan ketegasan ibubapa (tetapi tidak terlalu mengkongkong) amat penting dalam hubungan ibubapa dan remaja.

- Anda mungkin mengalami keinginan untuk bebas.
- Anda merasa semakin sukar untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh ibu bapa.
- Mungkin anda lebih fokus kepada persahabatan sosial di luar rumah.
- Menangani terlalu banyak perubahan mungkin membawa kepada berlakunya konflik dan pertengkaran.
Ingatlah bahawa ibu bapa anda juga pernah menempuh zaman remaja suatu masa dahulu dan mereka juga pernah menghadapi masalah yang sama. Ibu bapa bertanggungjawab terhadap penjagaan dan kebajikan anak-anak mereka dan mereka selalunya bertindak demi kepentingan anak-anak mereka. Oleh itu, cubalah berkomunikasi, berinteraksi dan berbincang dengan mereka. Berfikiran terbuka terhadap pandangan mereka adalah satu tindakan yang positif dan boleh mengurangkan berlakunya konflik.
Remaja ada kalanya tertanya-tanya mengapa mereka harus mematuhi banyak peraturan rumah dan mematuhi ibu bapa mereka. Sekiranya peraturan ini tidak diperjelaskan dengan betul mengenai kepentingan mengapa perlu diikuti, ia boleh mengakibatkan berlakunya perbalahan di antara remaja dan ibubapa. Oleh itu, adalah penting bagi ibu bapa sentiasa berkomunikasi dengan remaja, memberitahu mereka sebab dan akibat sekiranya melanggar peraturan yang ditetapkan . Kemesraan dan ketegasan ibubapa (tetapi tidak terlalu mengkongkong) amat penting dalam hubungan ibubapa dan remaja.
Sebagai Ibu Bapa
Hubungan yang sihat antara ibu bapa-anak/remaja melibatkan kemesraan, kesefahaman, kepercayaan dan rasa hormat-menghormati diantara satu sama lain. Hubungan ini akan berubah-ubah untuk menyesuaikan diri dengan perubahan keperluan kanak-kanak dan remaja. Komunikasi yang sihat, meluangkan masa berkualiti bersama, berpegang pada janji, bergurau senda dan menghargai usaha masing-masing adalah beberapa cara terbinanya hubungan yang baik. Hasil utama yang ingin dicapai melalui amalan keibubapaan yang sihat adalah 'Kepercayaan'. Apabila anak-anak/remaja faham alasan di sebalik peraturan tertentu, mereka akan mempunyai keinginan untuk mematuhi peraturan itu. Sebagai balasan, ibu bapa akan mempercayai mereka dan memberikan sedikit kebebasan.
Sekiranya peraturan dianggap terlalu ketat atau mengkongkong, berkomunikasi dan berundinglah tentang bagaimana ia boleh diperbaiki. Perbincangan sebegini sangat berkesan untuk remaja yang sedang mencari identiti dan kebebasan mereka sendiri. Melibatkan remaja, memberi mereka peranan yang aktif dalam menetapkan sempadan dan membuat peraturan adalah antara cara untuk membina hubungan yang sihat. Memberikan sedikit kebebasan dan rundingan akan menyakinkan remaja bahawa ibu bapa mereka mempercayai mereka.

Sebagai Anak/Remaja
Sebagai seorang remaja:
- Fahami mengapa ibu bapa anda menetapkan peraturan tertentu atau menghalang anda daripada melakukan perkara tertentu. Niat mereka baik.
- Bercakaplah dengan ibu bapa anda dan luangkan masa untuk mengenali mereka. Tunjukkan kepada mereka bahawa anda tahu apa yang betul dan apa yang salah. Kotakan kata dan janji anda. Menepati janji adalah sangat penting untuk mengekalkan perhubungan. Sekiranya anda memungkiri janji, ibu bapa tidak akan mempercayai anda dan mereka sukar memberikan kebebasan yang anda ingini.
- Sentiasa menghormati mereka. Ketika anda membesar dan semakin berdikari, libatkan mereka dalam hidup anda.
- Sayangi mereka. Beritahu mereka bahawa anda menyayangi mereka setiap hari dan jangan terlalu bimbangkan anda.
- Libatkan mereka dalam aktiviti anda.
- Sebelum keluar rumah, beritahu mereka ke mana anda hendak pergi. Siapa tahu anda mungkin memerlukan bantuan mereka ketika sedang keluar bergembira. Ibu bapa adalah wira kehidupan sebenar!