Terdapat banyak kepercayaan berasaskan budaya, atau norma tentang perbezaan peranan antara lelaki dan wanita dalam apa jua perhubungan. Sesetengah kepercayaan ini, contohnya "lelaki harus melakukan semua tindakan dan membuat semua keputusan dalam perhubungan," boleh menggalakkan dinamik kuasa yang tidak sama rata dan menyumbang kepada situasi negatif untuk kedua-dua wanita dan/atau lelaki. Kepercayaan seperti ini mungkin membuat lelaki menganggap mereka harus membuat semua keputusan dalam perhubungan, keputusan mengenai seks dan kesihatan, walaupun apabila mereka tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai isu-isu ini. Ini akan menyebabkan gadis remaja dan wanita merasa tidak selesa apabila cuba membincangkan isu-isu ini., Peranan lelaki biasanya dianggap bersifat “kuat, agresif, lebih logik atau analitikal”, manakala peranan kewanitaan pula adalah lebih “sensitif, memupuk, membimbing dan intuitif”.
|
Mengekalkan perhubungan yang sihat memerlukan usaha dari kedua-dua pihak, lelaki dan wanita. Kedua-dua pihak perlu menyatakan harapan mereka untuk memahami dan mendengar keperluan masing-masing. Peranan jantina juga boleh berubah dalam sesebuah perhubungan. Kedua-dua pihak perlu menyesuaikan diri sepanjang perhubungan dan mereka mungkin berubah antara kedua belah pihak untuk mencapai keharmonian dalam perhubungan, adalah penting untuk belajar menjadi lebih prihatin dan sensitif terhadap keperluan pasangan.. Sebagai contoh, apabila seorang wanita merasa dirinya tidak sihat, pasangannya perlu lebih mengambil berat dan menjaga keperluannya, dan tidak berlagak cool.