Kerangka Aktiviti
Aktiviti |
Masa |
Bahan |
Dapatkan maklumat yang betul |
20 minit |
Aktiviti 8.1 |
Salaman pembawa virus |
25 minit |
Aktiviti 8.2 |
Rumusan |
5 minit |
Mesej untuk dibawa pulang |
Jumlah |
50 minit |
Persiapan dan Bahan
- Kertas bertulis huruf "C"
- Kertas bertulis huruf "X"
- Kertas kosong yang dilipat
Aktiviti 8.1: Dapatkan Maklumat yang Betul
STI “Betul atau Salah”
Masa: 20 minit
Aktiviti: Berikut adalah beberapa perkara yang boleh meningkatkan risiko seseorang untuk dijangkiti STI, adakah ia betul atau salah?
Masa: 20 minit
Aktiviti: Berikut adalah beberapa perkara yang boleh meningkatkan risiko seseorang untuk dijangkiti STI, adakah ia betul atau salah?
- Aktiviti seks pada usia muda
- BETUL- Semakin awal usia seseorang mula melakukan seks, semakin tinggi peluang dia dijangkiti penyakit jangkitan seksual (STD).
- Mempunyai ramai pasangan seks
- BETUL- Seseorang yang melakukan hubungan seksual - bukan sekadar persetubuhan, tetapi apa-apa bentuk aktiviti intim - dengan ramai pasangan yang berbeza lebih berisiko daripada mereka yang tetap bersama pasangan yang sama. Tetapi ingat, anda boleh mendapat STI dengan hanya melakukan hubungan seks sekali!
- Seks tanpa perlindungan
- BETUL- Kondom lateks adalah satu-satunya bentuk kawalan kelahiran yang mengurangkan risiko mendapat STD, dan ianya mesti digunakan setiap kali melakukan hubungan seks. Spermisida, diafragma, dan kaedah kawalan kelahiran yang lain boleh membantu mencegah kehamilan, tetapi tidak melindungi seseorang daripada STD.
- Hanya pelacur dan pelaku seks rambang boleh dijangkiti STI
- SALAH - STI adalah penyakit yang tidak diskriminatif dan sesiapa saja adalah berisiko apabila seks terlibat
- Anda boleh dijangkiti STI dari tempat duduk tandas
- SALAH – Adalah sangat tidak bermungkinan untuk mendapat STI dari tempat duduk tandas. Pemindahan melalui tempat duduk tandas adalah "umumnya tidak mungkin."
- Anda tidak akandijangkiti STI sekiranya anda hanya melakukan seks sekali sahaja
- SALAH - Anda hanya perlu melakukan satu persetubuhan untuk meningkatkan risiko anda mendapat STI berbanding dengan 'Tidak' melakukan hubungan seksual.
- Semua STI boleh dipulihkan
- SALAH - Tidak semua STI boleh disembuhkan. Kebanyakannya boleh dirawat dengan ubat-ubatan yang betul dan langkah-langkah perlindungan. Walau bagaimanapun, terdapat STI yang lebih berbahaya dan sukar untuk disembuhkan seperti HIV, HPV dan Hepatitis B. STI akibat jangkitan bakteria mungkin boleh dipulihkan sepenuhnya, tetapi STI akibat jangkitan virus kadangkala berada di dalam badan untuk selama-lamanya cth HIV.
- Saya tidak akan mendapat STI kerana saya meminta pasangan saya untuk menarik keluar sebelum ejakulasi.
- SALAH - Hubungan seks boleh menyebabkan kecederaan pada tisu alat kelamin. Luka pada mukosa/permukaan kulit sudah cukup untuk memindahkan penyakit ini.
Aktiviti 8.2: Salaman Pembawa Virus
ARAHAN FASILITATOR
Masa: 25 minit
Bahan-bahan:
Aktiviti:
Perbincangan: Bagaimana ini dikaitkan dengan kehidupan sebenar? Jika anda benar-benar telah dijangkiti HIV, betapa seriusnya itu? Bagaimanakah perasaan orang pertama yang berdiri (yang mempunyai "X") apabila dia mengetahui bahawa X bermakna mereka mempunyai HIV? Bagaimana perasaan orang lain ketika mereka terpaksa berdiri?
Sumber: Tools for Life, PATH
Masa: 25 minit
Bahan-bahan:
- Potong dan lipat satu kertas kecil untuk setiap orang.
- Pada tiga keping kertas, tulis huruf "C."
- Pada satu keping kertas tulis huruf "X."
- Tinggalkan semua kertas kosong yang lain.
Aktiviti:
- Lipat kepingan-kepingan kertas dengan berhati-hati, , dan beri setipa satu kertas kepada setiap orang.
- Semua orang perlu melihat kertas tanpa membenarkan orang lain melihat kertas itu.
- Minta kumpulan untuk berdiri dan setiap orang berjabat tangan dengan 3 orang.
- Setelah semua orang melakukan ini, minta kumpulan itu duduk.
- Minta orang yang kertasnya bertanda "X" supaya berdiri.
- Minta semua orang yang berjabat tangan dengan orang ini untuk berdiri.
- Minta semua orang yang berjabat tangan dengan orang yang berdiri untuk berdiri juga. Teruskan sehingga semua orang berdiri.
- Sekarang beritahu kumpulan itu untuk menganggap bahawa orang yang mempunyai kertas bertanda "X" dijangkiti HIV atau STI. Beritahu mereka untuk menganggap yang mereka bersetubuh dengan tiga orang yang berjabat tangan dengan mereka. (Ingatkan kumpulan bahawa ini hanya berpura-pura, dan mereka tidak benar-benar dijangkiti).
- Minta kumpulan untuk memeriksa sama ada mereka mempunyai "C" di atas kertas mereka. Orang-orang ini menggunakan kondom. Oleh itu, mereka tidak berisiko tinggi mendapat HIV atau STI. Semua orang yang mendapat sekeping kertas kosong mempunyai hubungan seks tanpa perlindungan.
Perbincangan: Bagaimana ini dikaitkan dengan kehidupan sebenar? Jika anda benar-benar telah dijangkiti HIV, betapa seriusnya itu? Bagaimanakah perasaan orang pertama yang berdiri (yang mempunyai "X") apabila dia mengetahui bahawa X bermakna mereka mempunyai HIV? Bagaimana perasaan orang lain ketika mereka terpaksa berdiri?
Sumber: Tools for Life, PATH