Pengenalan
Sejak kebelakangan ini, terdapat bukti yang menunjukkan ketidaksamaan jantina boleh menjejaskan kesihatan seseorang . Banyak yang boleh dilakukan untuk kita terus mempromosikan kesamaan jantina termasuklah dalam aspek kesihatan. Hubungan lelaki dewasa dan lelaki remaja dengan wanita dewasa dan gadis remaja yang setaraf boleh menyumbang kepada kesihatan seksual dan reproduktif yang lebih positif. Melibatkan lelaki dewasa dan lelaki remaja dalam hal-hal kekeluargaan (seperti melakukan kerja-kerja rumah dan penjagaan anak) akan memberi manfaat kepada kita semua.