Apakah Kesan Kepada Mangsa?
Mangsa pemerdagangan sering terperangkap dan dibatasi oleh pedagang mereka. Ia juga menjadikan mereka terdedah kepada tingkah laku yang berisiko. Sekalipun mereka bernasib baik dapat melepaskan diri atau dibebaskan, pengalaman mereka menghantui mereka seumur hidup. Ia memberi kesan bukan sahaja kepada hak asasi manusia mereka tetapi juga kesihatan mereka seperti:
- Gangguan Tekanan Pasca Trauma (PTSD)
- Kebimbangan/Kemurungan.
- Meneruskan kegiatan pelacuran.
- Pengedar/penagih dadah rekreasi.
- Ketagihan alkohol.
- Dijangkiti oleh jangkitan seksual (Sifilis, HIV, Gonorrhea, Chlamydia).
- Kehamilan remaja/pengguguran.
- Mangsa stigma sosial.
- Kekurangan zat makanan.
- Kecacatan fizikal.
Adakah terdapat cara untuk mengenal pasti golongan muda yang mungkin merupakan mangsa pemerdagangan?
Ya, ada! Sebelum mengajar golongan muda bagaimana cara mengenal pasti, ibu bapa dan penjaga mesti tahu tanda-tandanya!
- Lari dari rumah.
- Kecederaan fizikal yang tidak dapat dijelaskan (tulang patah, lebam).
- Berbohong tentang umur/memiliki Kad Pengenalan Palsu.
- Kehamilan beulang-ulang
- Tinggal dengan majikan.
- Majikan menyimpan dokumen identiti.
- Gentar atau takut.
- Jangkitan seksual.
- Di bawah 18 tahun dan terlibat dalam pelacuran.
Apa yang perlu kita lakukan jika kita mengesyaki atau mengetahui seseorang sedang diperdagangkan?
Sebelum mengambil sebarang tindakan, pastikan anda mempunyai bukti pemerdagangan individu yang disyaki menjadi mangsa atau pedagang haram. Jangan mengambil tindakan sendiri kerana mungkin membahayakan anda dan orang di sekeliling anda. Telefon "999" untuk membuat laporan.
Talian bebas tol/Oganisasi yang boleh dihubungi untuk mendapatkan bantuan:
Contact no: 03-78774227
Email: [email protected]
Laman Web: http://www.sukasociety.org/
Talian bebas tol/Oganisasi yang boleh dihubungi untuk mendapatkan bantuan:
- Polis - 999
- Talian Kasih - 15999
- kafe@TEEN
- Persatuan Kebajikan Suara Kanak-kanak Malaysia (SUKA)
Contact no: 03-78774227
Email: [email protected]
Laman Web: http://www.sukasociety.org/
Bagaimanakah kita dapat mencegah pemerdagangan manusia?
Beberapa strategi pencegahan adalah:
- Mengurangkan risiko mangsa dieksploitasi melalui peningkatan pendidikan dan pembangunan ekonomi.
- Mengurangkan pergantungan terhadap tenaga buruh asing melalui penguatkuasaan undang-undang.
- Pendidikan awam mengenai pemerdagangan manusia untuk mewujudkan kesedaran.
- Kawalan sempadan negara yang ketat.
- Mencegah rasuah di kalangan pegawai awam.