Mari terokai beberapa STIs, bagaimana ia tersebar dan adakah ia berbahaya.
BAKTERIA |
VIRUS |
PROTOZOA |
FUNGUS |
PARASIT |
Gonorrhoea (Neisseria gonorrhea.) |
HIV |
Trichomoniasis (Trichomonas vaginalis.) |
Candidiasis (Candida albicans) |
Kutu pubik *Disebarkan melalui sentuhan rapat antara badan dan bukan melalui persetubuhan |
Sifilis (Treponema pallidum.) |
Ketuat alat kelamin (HPV) |
|||
Chlamydia (Chlamydia trachomatis.) |
Hepatitis B (HBV) |
|||
Chanchroid (Haemophilus ducreyi.) |
Herpes alat kelamin (Herpes Jenis 2) |
Gonorrhoea
- Ia adalah jangkitan seksual oleh bakteria yang menjejaskan serviks, uretra, tekak dan rektum.
- Ia boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvis dan kemandulan pada wanita dan keradangan teruk saluran kencing pada lelaki. Sekiranya ibu dijangkiti ketika bersalin, penyakit gonorrhoea boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan buta.
- Ia boleh dirawat dengan antibiotik, namun, komplikasi jangka panjang mungkin telah berlaku.
Hepatitis B
- Hepatitis B adalah sejenis jangkitan virus yang menjejaskan hati. Ia boleh menyebabkan kanser dan juga kematian.
- Ia disebarkan melalui seks, dan juga cecair badan seperti darah.
- Hepatitis B boleh dicegah dengan mendapatkan suntikan vaksin Hepatitis B. Ia selamat dan berkesan. Vaksin Hepatitis B diberi untuk semua bayi semasa kelahiran, kanak-kanak sehingga 18 tahun dan orang dewasa yang berisiko tinggi disebabkan pekerjaan mereka.
Sifilis
|
Ketuat Alat Kelamin
- Ketuat alat kelamin (genital warts) adalah ketumbuhan kecil pada kulit di sekitar alat kelamin dan anus. Ia disebabkan oleh beberapa jenis virus yang dikenali sebagai human papilloma virus (HPV). HPV boleh merebak melalui hubungan seksual dan juga dengan sentuhan - maka kondom tidak memberikan perlindungan 100%.
- Kebanyakan jangkitan HPV tidak mempunyai gejala, tetapi sesetengahnya menyebabkan ketuat yang menyakitkan dan boleh berdarah atau mengeluarkan nanah.
- Sesetengah jenis HPV menyebabkan kanser serviks. Suntikan vaksin melindungi seseorang daripada beberapa jenis penyebab kanser yang biasa. Walau bagaimanapun, vaksin itu tidak melindungi daripada semua jenis HPV.
Chlamydia
- Chlamydia adalah jangkitan seksual yang disebabkan oleh bakteria.
- Ramai orang yang dijangkiti tidak menunjukkan apa-apa tanda/gejala atau asimtomatik. Kadangkala ia menyebabkan discaj yang luar biasa, pendarahan atau kesakitan semasa membuang air kencing. Bagi lelaki, kesakitan testis kadang-kadang berlaku.
- Chlamydia boleh menyebabkan masalah pada organ-organ pembiakan dan menyebabkan kemandulan atau ketidaksuburan. Ia boleh dirawat dengan antibiotik, namun, komplikasi jangka panjang mungkin telah berlaku.
Herpes
|
HIV/AIDS
- HIV merujuk kepada Human Immunodeficiency Virus. Ia adalah sejenis virus yang memusnahkan sel-sel darah putih (sistem imunisasi badan kita). HIV boleh mengakibatkan kesan yang buruk apabila seseorang itu terdedah kepada jangkitan dan penyakit biasa.
- AIDS merujuk kepada Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit: AIDS adalah akibat dan tahap akhir jangkitan HIV. Bukan semua orang yang dijangkiti HIV akan mendapat AIDS.
- HIV boleh tersebar melalui:
- Cecair badan (air mani dan darah)
- Melalui hubungan seks tanpa perlindungan
- Berkongsi jarum (contohnya pengguna dadah secara intravena)
- Menerima transfusi darah tercemar
- Dari ibu kepada anak semasa mengandung
- Menggunakan instrumen yang tidak steril (contoh: alat tatu, penindik badan)
- HIV tidak tersebar melalui ciuman, sentuhan, bersin, menggunakan pinggan dan sudu yang sama, atau batuk. Ia tidak tersebar dengan duduk di tempat duduk tandas, berenang di kolam renang awam, atau melalui gigitan serangga.
- Memahami bagaimana HIV berjangkit dapat memerangi stigma terhadap penyakit ini.
- Walaupun tidak ada penawar untuk HIV atau AIDS, penyakit ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan tertentu. Mengambil ubat memanjangkan jangka hayat individu yang dijangkiti. Ubat-ubatan ini mesti diambil setiap hari.
Apakah simptom-simptom seseorang yang dijangkiti HIV?
- Pada peringkat awal, simptom jangkitan HIV mungkin tidak ketara contohnya seperti selesema, ruam, menggigil, berpeluh pada waktu malam, sakit tekak, keletihan, kelenjar limfa bengkak, ulser mulut. Cara berkesan untuk mengesahkan jangkitan ialah dengan menjalani ujian darah HIV.