Kemahiran membuat keputusan melibatkan keupayaan untuk menggunakan semua maklumat yang ada untuk menilai situasi, mengkaji semua potensi manfaat dan mudarat, dan membuat keputusan yang rasional dan bermaklumat. Ramai orang muda menikmati kebebasan untuk membuat keputusan sendiri, tetapi mereka juga perlu belajar untuk menyedari dan menerima akibat daripada keputusan mereka. Sesetengah situasi yang mencabar mungkin memerlukan golongan muda untuk mengutamakan kepentingan pelbagai aspek dalam kehidupan mereka.
Setiap hari yang anda lalui anda telah membuat banyak keputusan. Fikirkan semua keputusan yang anda buat hari ini. Adakah ia mengenai apa yang akan anda makan untuk sarapan pagi? Baju yang mana akan anda pakai? Bagaimanakah anda membuat keputusan ini?
Kebanyakan keputusan yang kita buat adalah berdasarkan perasaan kita. Walau bagaimanapun, perasaan sahaja tidak cukup untuk membuat keputusan yang tepat, terutamanya mengenai isu-isu penting seperti kesihatan dan seksualiti kita. Faktor lain yang mungkin mempengaruhi keputusan termasuk kepercayaan budaya dan agama, pengaruh rakan, pengetahuan dan prinsip mengenai perkara tersebut.
Kita boleh membuat keputusan yang berkesan, dengan cara memproses setiap langkah satu demi satu. Anda mungkin telah melakukannya ketika anda memilih apa yang anda mahu untuk sarapan pagi.
Fikirkan keputusan yang berkaitan dengan situasi ini:

- Anda perlu membuat keputusan tentang apa?
- Fikirkan pilihan-pilihan yang mungkin.
- Apakah kebaikan dan keburukan setiap pilihan tersebut?
- Buat keputusan.
- Bertindak mengikut keputusan.
Fikirkan keputusan yang berkaitan dengan situasi ini:
“saya mahu melakukan hubungan seks tetapi saya takut hamil/membuat pasangan saya hamil, saya tidak mempunyai akses kepada KONTRASEPTIF".
Bolehkah anda fikirkan contoh lain di mana anda berhadapan dengan satu keputusan penting? Cuba langkah-langkah di atas satu demi satu.