Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengenal pasti pelbagai jenis perlakuan keganasan seksual, ia termasuk tetapi tidak terhad kepada:
- Perkosaan semasa dalam hubungan cinta, perkahwinan atau orang yang tidak dikenali
- Permintaan seksual yang tidak diingini atau gangguan seksual, termasuk menuntut seks sebagai balasan bagi pertolongan
- Penderaan seksual terhadap kanak-kanak
- Perkahwinan paksa atau bersekedudukan, termasuk perkahwinan kanak-kanak
- Menidakkan hak untuk menggunakan kontraseptif atau mengamalkan langkah lain untuk melindungi daripada penyakit kelamin
- Pengguguran paksa
- Tindakan ganas terhadap integriti wanita, termasuk mutilasi genital wanita dan pemeriksaan wajib untuk keperawanan
- Pekerjaan seks secara paksa dan pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seksual.
Setiap orang mempunyai hak untuk merasa selamat sepanjang masa. Sekiranya seseorang membuat anda merasa tidak selesa atau tidak selamat, maka ia mungkin penderaan seksual. Jadi, apa yang mungkin berlaku? Ia boleh melibatkan:
|
Mitos dan fakta tentang penderaan seksual
Bil |
Mitos |
Fakta |
1 |
Wanita didera secara seksual oleh lelaki disebabkan mereka menggoda lelaki dengan cara pemakaian mereka. |
Seseorang boleh mengalami penderaan seksual tidak kira apa yang mereka pakai atau bagaimana mereka bertindak. Apa yang dipakai oleh mangsa tidak menjadikan dia bertanggungjawab terhadap penderaannya. Tiada siapa yang mahu didera, patut didera, atau minta didera. Penderaan seksual tidak berlaku hanya kerana keinginan seksual yang tidak terkawal. Sebaliknya, pelaku merasa berhak terhadap mangsa dan tidak menghormati hak mangsa. |
2 |
Sekiranya seseorang itu tidak mahu penderaan seksual berlaku, dia sepatutnya mengatakan 'TIDAK' atau melawan. Sudah pasti ianya saling dipersetujui memandangkan tidak ada kesan lebam atau bukti keganasan fizikal yang lain. |
Apabila seseorang berhadapan dengan bahaya yang mengancam nyawa, mereka akan melakukan respons lawan, lari atau kaku. Dalam keadaan yang sangat menakutkan, kebanyakan orang akan terkejut dan terkaku, sehingga tidak dapat melawan. Sesetengah penyelidik percaya bahawa separuh daripada mangsa keganasan seksual menjadi 'kaku' semasa serangan. Seorang mangsa yang menjadi kaku semasa episod keganasan seksual tidak bermakna dia mempersetujui serangan itu. |
3 |
Kebanyakan perogol adalah orang yang tidak dikenali mangsa. |
Malangnya, kebanyakan penderaan seksual dilakukan oleh orang yang dikenali atau malah yang disayangi. Contohnya, rakan sebilik, rakan, ahli keluarga, rakan sebaya, kenalan, rakan sekerja, rakan sekelas, pasangan, guru, kekasih, bekas kekasih, atau guru agama. Tindakan pelaku adalah sangat menyedihkan mangsa, kerana kepercayaan mangsa telah dikhianati. |
4 |
Apabila seseorang menolak untuk melakukan hubungan seks, anda harus terus memujuk sehingga dia mengatakan ya. |
Keizinan untuk melakukan hubungan seks harus diberikan secara sukarela dan tidak seharusnya diperoleh melalui paksaan atau kasar. Yang penting, seseorang boleh menarik balik keizinan pada bila-bila masa - jika anda melakukan hubungan seks dengan seseorang dan dia memberitahu anda untuk tidak melakukannya, anda harus berhenti. |
5 |
Jika seseorang terangsang secara fizikal, mencapai syahwat dan/atau ejakulasi ketika dia diserang, maka ia bukanlah benar-benar penderaan seksual. |
Mencapai syahwat tidak bermakna seseorang itu menikmati penderaan tersebut, atau dia menginginkannya. Syahwat adalah tindak balas biologi semulajadi disebabkan rangsangan aktiviti seksual yang tidak semestinya dilakukan secara sukarela. |