Internet adalah sumber maklumat yang hebat. Mungkin anda juga mempelajari modul ini melalui World Wide Web. Penggunaannya yang meluas menjadikannya sebahagian daripada kehidupan seharian dalam komunikasi kita.
Remaja mungkin menggunakan teknologi ini untuk memuat turun bahan, menggunakan rangkaian media sosial, bermain permainan dalam talian dan menggunakan pelbagai aplikasi.
Isu yang boleh memberi kesan negatif kepada anda termasuk:
Berikut adalah beberapa strategi yang selamat dan bertanggungjawab di dunia siber:
Fahami bahawa anda bertanggungjawab atas diri anda dalam dunia siber. Anda harus menguruskannya seperti mana yang anda akan lakukan di dunia nyata. Jika seseorang membuat anda merasa tidak selesa, anda mempunyai hak untuk tidak memberi respon. Maklumkan kepada orang dewasa yang dipercayai seperti sahabat atau ibu bapa.

- Buli siber.
- Seksual siber/cyber grooming.
- Seks siber.
- Penyebaran maklumat palsu, berita palsu atau kandungan yang tidak sesuai.
- Catfishing - memikat dan menggoda seseorang ke dalam satu perhubungan dengan menggunakan identiti dalam talian yang direka.
- Pornografi.
- Merosakkan reputasi dalam talian.
Berikut adalah beberapa strategi yang selamat dan bertanggungjawab di dunia siber:
- JANGAN berkongsi maklumat diri dan peribadi dalam talian; contohnya nama sebenar, alamat, nombor telefon, maklumat kewangan, kata laluan dan maklumat peribadi lain.
- JANGAN berikan maklumat peribadi di rangkaian sosial atau laman web janji temu.
- Hanya hantarkan apa yang anda selesa untuk dilihat oleh seluruh dunia. Ingat, apa yang ada kongsi dalam talian, akan berada dalam talian buat selama-lamanya - walaupun anda telah memadamkannya.
- Jangan gunakan Internet atau media sosial untuk membuli, menyebarkan gosip atau merosakkan reputasi orang lain.
- Gunakan alat keselamatan yang tersedia misalnya spyware, antivirus dan penapis spam.
- Jangan bertemu dengan orang yang anda kenal dalam talian tanpa memaklumkan kepada ibu bapa anda.
- Elakkan melayari laman web yang tidak boleh dipercayai dan mencurigakan.
- Gaya hubungan dalam talian sama seperti yang anda lakukan dalam hubungan di kehidupan sebenar.
- Gunakan media sosial dengan sewajarnya dan dengan penuh tanggungjawab.