Ketika zaman remaja, remaja mengalami kesukaran untuk berpisah dengan ibu bapa, mewujudkan identiti sendiri, dan menjadi lebih berdikari. Disebabkan oleh kebebasan mereka yang semakin meningkat, remaja dan pra-remaja berisiko tinggi terlibat dengan keganasan dan serangan. Isu keselamatan lain pula berkaitan dengan pertumbuhan fizikal, peningkatan kekuatan dan kelincahan mengakibatkan mereka gagal membuat keputusan dan penilaian yang logik. Remaja sering merasa tidak kalah dan mereka mungkin mengambil risiko yang tidak perlu sebagai tindak balas kepada tekanan rakan sebaya.
Risiko keselamatan dapat dicegah melalui kesedaran, tindakan, dan kemahiran. Kemahiran keselamatan diri mempersiapkan remaja untuk melayari dunia mereka dengan keselamatan dan keyakinan.
Tips keselamatan am untuk remaja termasuk:
Risiko keselamatan dapat dicegah melalui kesedaran, tindakan, dan kemahiran. Kemahiran keselamatan diri mempersiapkan remaja untuk melayari dunia mereka dengan keselamatan dan keyakinan.
Tips keselamatan am untuk remaja termasuk:
- SENTIASA MEMAKLUMKAN KEPADA ORANG DEWASA KE MANA ANDA MAHU PERGI. Memaklumkan kepada seseorang di mana anda berada pada setiap masa adalah tindakan yang bijak. Jika anda berhadapan dengan situasi yang berisiko atau bermasalah, keluarga dan rakan anda akan tahu di mana mahu mencari anda. Jika boleh, jangan keluar bersendirian.
- KATAKAN TIDAK JIKA ANDA MERASA TERANCAM. Jika seseorang - sesiapa sahaja - menyentuh anda dengan cara yang membuat anda merasa tidak selesa, anda mempunyai hak untuk mengatakan tidak. Sama ada desakan mengenai seks, dadah, atau melakukan sesuatu yang anda tahu adalah salah, kuatkan diri dan bertegas.
- TETAP PEKA DAN GUNA GERAK HATI ANDA. Sekiranya anda merasakan ada sesuatu yang tidak kena maka ia mungkin benar. Sekiranya anda mendapati diri anda berada dalam situasi di mana anda didekati oleh seseorang yang menimbulkan ancaman kepada anda, cuba sebaik mungkin untuk tetap tenang, supaya anda dapat bertindak balas dan berfikir secara lebih logik.
- JANGAN TERAGAK-AGAK UNTUK MEMINTA BANTUAN. Hubungi polis, ibu bapa atau orang yang dipercayai serta-merta dan perkenalkan diri anda dan di mana anda berada.
Keselamatan di Sekolah
Walaupun kebiasaannya sekolah adalah tempat yang selamat, situasi sukar kadang-kadang berlaku. Oleh kerana kebanyakan masa anda dihabiskan di sana, anda perlu tahu apa yang berlaku di sekolah anda. Keadaan ini termasuk:
- Sekiranya anda atau seseorang yang anda kenali diancam oleh pelajar lain, ambil serius. Jika ragu-ragu mengenai apa yang perlu dilakukan dalam situasi seperti itu, berbincanglah dengan ibu bapa atau dengan orang yang anda rasa selesa, contohnya kaunselor bimbingan.
- Berhati-hati dengan orang-orang yang tidak sepatutnya berada di dalam kawasan sekolah. Sekiranya mereka kelihatan seperti satu ancaman terhadap keselamatan pelajar, laporkannya kepada pengetua atau pihak berkuasa di sekolah.
- Jika anda mempunyai masalah dengan pelajar lain, terlibat dalam pergaduhan fizikal boleh memburukkan lagi masalah. Jika anda merasakan bahawa keselamatan anda terancam, maklumkannya kepada seseorang yang dapat membantu dalam situasi tersebut. Memberitahu kepada ibu bapa atau guru anda boleh menghalang anda daripada diapa-apakan. Jangan biarkan keegoan menjadi halangan untuk menghindari situasi tersebut.
- Jika anda menyedari ada pelajar lain yang mencurigakan, laporkannya sekalipun anda perlu menyembunyikan nama untuk melindungi identiti anda.
- Jika seseorang di sekolah membuat anda merasa tidak selesa dengan: mengatakan sesuatu tentang badan anda; merenung anda dengan cara yang mengganggu; menyentuh anda secara tidak wajar, atau yang seumpamanya - semua ini dianggap sebagai gangguan seksual. Anda perlu memaklumkan kepada seseorang dengan segera kerana itu adalah tingkah laku yang tidak boleh diterima.
- Jika anda sepatutnya terus pulang ke rumah dari sekolah dan anda belum mahu pulang, buat satu panggilan telefon kepada ibu bapa anda. Ini adalah untuk mengelakkan diri daripada timbul masalah dan supaya mereka tidak bimbang.
- Apabila anda ingin meninggalkan sekolah, ambil laluan yang selamat ke mana sahaja anda mahu pergi. Sebagai contoh, jangan menumpang seseorang yang anda tidak kenali atau berjalan sendirian apabila anda tidak pasti ke mana anda pergi.
Keselamatan di Rumah
Bersendirian di rumah pada waktu siang atau malam bermakna anda bertanggungjawab ke atas keselamatan diri sendiri. Anda perlu lebih berhati-hati dan berjaga-jaga ketika bersedirian di rumah dengan:
- Jika anda menjawab telefon dan tidak biasa dengan orang yang membuat panggilan, jangan biarkan mereka tahu bahawa anda berada di rumah sendirian. Jika seseorang ingin bercakap dengan ibu bapa atau adik-beradik anda, katakan yang mereka sibuk atau mereka tidak dapat menjawap panggilan telefon pada masa itu.
- Jangan mendedahkan maklumat peribadi mengenai diri anda melalui telefon. Jika seseorang menelefon untuk membuat tinjauan atau menjual sesuatu, beritahu mereka bahawa anda tidak dapat menjawab soalan mereka.
- Mengunci pintu dan tingkap dapat menghalang orang daripada memasuki rumah tanpa kebenaran anda.
- Pada waktu malam, nyalakan lampu depan dan belakang rumah anda, supaya bahagian luar rumah kelihatan lebih terang dan untuk menunjukkan bahawa ada orang di rumah.
- Ketahui siapa yang boleh anda hubungi untuk bantuan jika diperlukan. Sebagai contoh, jiran anda, ibu bapa rakan atau rakan sekerja ibu bapa anda.
- Jika anda perlu membuka pintu, periksa terlebih dahulu untuk melihat siapa di luar. Jika anda tidak selesa, jangan buka pintu tetapi jika anda membuka pintu, jangan biarkan mereka tahu bahawa anda berada di rumah sendirian.
- Jangan benarkan orang yang tidak dikenali masuk ke dalam rumah (walaupun mereka mengatakan mereka bekerja untuk syarikat telefon, hidro atau seumpamanya). Hanya maklumkan kepada ibu bapa apabila mereka pulang ke rumah dan mereka akan menyelesaikannya.
Keselamatan dalam Internet
Internet boleh menjadi satu cara untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan, melakukan penyelidikan untuk sekolah, dan banyak hal lain, ia juga boleh menjadi tempat yang sangat berbahaya. Beberapa tip keselamatan Internet:
- Jangan sekali-kali memberikan maklumat peribadi mengenai diri anda atau keluarga anda (alamat, lokasi, nama, umur, sekolah, nombor telefon).
- Ketika di bilik sembang, laman web rangkaian sosial, malah di mesej segera, ingat bahawa bukan semua orang adalah siapa yang mereka katakan. Pemangsa boleh menggunakan nama, maklumat dan gambar palsu (seseorang yang mendakwa sebagai budak lelaki berusia 14 tahun boleh jadi lelaki berusia 47 tahun).
- Pemangsa akan menghantar gambar palsu untuk berpura-pura menjadi orang lain. Oleh itu, jangan merancang untuk bertemu secara peribadi dengan sesiapa sahaja yang anda temui di Internet tanpa memeriksa terlebih dahulu dengan ibu bapa anda, kerana anda boleh meletakkan diri anda dalam bahaya yang serius.
- Jika seseorang mengganggu anda dalam talian, tinggalkan komputer, jangan balas. Beritahu ibu bapa anda dan hubungi pembekal perkhidmatan Internet anda.
- Pemangsa cuba memikat orang muda menerusi penggunaan Internet. Ini boleh membahayakan keselamatan diri anda dan langkah berjaga-jaga harus diambil.
Terdapat pembuli di Internet sama seperti pembuli di dalam kelas. Mereka dikenali sebagai pembuli siber. Ini adalah satu bentuk penyalahgunaan yang unik yang berlaku dalam talian atau melalui telefon dalam bentuk mesej berunsur kebencian, laman web bashing, menggodam, menghantar komen yang menghina, menyamar sebagai orang lain dengan tujuan untuk mendapatkan maklumat peribadi/sulit dan lain-lain.
Untuk mendapatkan lebih banyak tip keselamatan ketika menggunakan Internet, layari laman web di: http://www.klikdenganbijak.my/Youth.aspx
Untuk mendapatkan lebih banyak tip keselamatan ketika menggunakan Internet, layari laman web di: http://www.klikdenganbijak.my/Youth.aspx