Tubuh kita berkembang dan mengalami perubahan bermula dari saat ibu mengandung. Dari bayi, kita menjadi anak kecil, kanak-kanak dan kemudian menjadi remaja. Remaja bermaksud mereka yang berusia dari 10-19 tahun.
Semasa peralihan dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja, tubuh kita menghasilkan hormon tertentu yang membawa kepada perubahan tubuh yang disebut Akil Baligh. Akil Baligh adalah peringkat di mana remaja lelaki dan perempuan melalui banyak perubahan termasuk fizikal, emosi, psikologi dan sosial. Walaupun kedua-duanya mengalami akil baligh, remaja perempuan umumnya mencapai akil baligh dan kematangan seksual pada peringkat umur lebih awal berbanding remaja lelaki. Sesetengah remaja berkembang lebih cepat manakala yang lain mungkin lebih lewat. Akil baligh biasanya berlaku bermula dari usia 10 sehingga 16 tahun.
Adalah penting untuk kita memahami perubahan tubuh supaya ia dapat menjadi pengalaman yang positif dan berharga. Dengan mengenali tubuh kita, kita dapat mencintai, menghormati dan melindungi diri kita. Mari kita terokainya bersama-sama.