Kerangka Aktiviti
Aktiviti |
Masa |
Bahan |
Pengesahan Keizinan |
5 minit |
Aktiviti 10.1 |
Mitos mengenai rogol - benar atau salah? |
10 minit |
Aktiviti 10.2 |
Rogol adalah rogol - Tiada alasan |
5 minit |
Video |
Apa jadi kalau..... |
35 minit |
Aktiviti 10.3 |
Rumusan |
5 minit |
Mesej untuk dibawa pulang |
Jumlah |
60 minit |
Persiapan dan Bahan
- Kad bertanda "YA" atau "TIDAK"
- Pen penanda
- Video: Rogol adalah rogol - Tiada alasan, AWAM
Video - Rogol adalah Rogol - Tiada Alasan
Aktiviti 10.1: Pengesahan Keizinan - Adakah dia kata YA? Adakah maksud dia TIDAK?
Masa: 5 minit
Bahan-bahan: Beri setiap pelajar kad bertulis YA di satu sisi dan TIDAK di sisi yang lain. Anda boleh mencetaknya pada kertas berwarna (Ya - hijau, Tidak - merah) dan laminakannya untuk digunakan beberapa kali.
Aktiviti:
Minta pelajar untuk membayangkan yang anda pergi ke rumah mereka dan meminta (tanpa pengetahuan ibu bapa mereka) untuk meminjam kunci kereta/motosikal mereka.
Minta pelajar untuk mengangkat kad YA atau TIDAK untuk jawapan-jawapan berikut:
Perbincangan:
Diadaptasi daripada Youth and Child Advocate and Educator Manual of Activities
and Exercises for Children and Youth, www.vtnetwork.org
Bahan-bahan: Beri setiap pelajar kad bertulis YA di satu sisi dan TIDAK di sisi yang lain. Anda boleh mencetaknya pada kertas berwarna (Ya - hijau, Tidak - merah) dan laminakannya untuk digunakan beberapa kali.
Aktiviti:
Minta pelajar untuk membayangkan yang anda pergi ke rumah mereka dan meminta (tanpa pengetahuan ibu bapa mereka) untuk meminjam kunci kereta/motosikal mereka.
Minta pelajar untuk mengangkat kad YA atau TIDAK untuk jawapan-jawapan berikut:
- "Saya tidak tahu"
- "Mungkin"
- "Tunggu sebentar"
- "Okey"
- "Jangan cepat sangat"
- "Saya tidak mahu timbul masalah"
- "Ibu bapa saya akan pulang tidak lama lagi"
- "Saya rasa begitu"
Perbincangan:
- Jelaskan bahawa memberi kebenaran untuk sesuatu berlaku kepada anda atau sesuatu yang anda miliki: 'Ya, anda boleh memandu kereta saya' atau 'Ya, anda boleh mencium saya'.
- Keizinan melibatkan soalan dan jawapan. Meminta untuk melakukan hubungan seks sahaja tidak mencukupi, anda perlu mendengar dan menghormati jawapannya. Ia termasuk lisan atau bukan lisan tetapi yang bukan lisan boleh mengelirukan; jadi TANYA!
- Apabila anda tersenyum, adakah kerana anda tidak selesa atau gembira atau terangsang? Juga ingat bahawa ia bukan hanya tanggungjawab lelaki, tetapi satu persetujuan yang harus diputuskan bersama.
Diadaptasi daripada Youth and Child Advocate and Educator Manual of Activities
and Exercises for Children and Youth, www.vtnetwork.org
Aktiviti 10.2: Mitos mengenai Rogol - BENAR atau SALAH?
Masa: 10 minit
Adakah kenyataan di bawah ini benar atau salah? Tanya pelajar mengapa mereka berfikir demikian.
Diadaptasi daripada laman fakta Women's Aid Organization http://wao.org.my
Adakah kenyataan di bawah ini benar atau salah? Tanya pelajar mengapa mereka berfikir demikian.
- Rogol berlaku kerana lelaki mempunyai tenaga seksual yang terlalu kuat. [SALAH]
- Rogol bukanlah suatu "limpahan" tenaga seksual. Ia bukan satu jenayah yang impulsif.
- Kebanyakan perogol adalah orang asing yang mengekori anda pada waktu malam. [SALAH]
- Peratusan tinggi perogol adalah kenalan, "kawan-kawan" dan saudara-mara.
- Bagi setiap kes rogol yang dilaporkan, 9 tidak dilaporkan. [BENAR]
- Kebanyakan kes rogol tidak dilaporkan kerana stigma, mangsa dipersalahkan dan tidak mempunyai pengetahuan/kesedaran untuk mendapatkan bantuan.
- Perempuan diperkosa kerana mereka memakai pakaian menjolok mata yang merangsang lelaki. [SALAH]
- Rogol tidak didorong oleh pakaian yang provokatif. Ramai pelajar, wanita bertudung dan wanita dari semua peringkat umur telah dirogol
- Tiada hukuman bagi perogol, jadi lebih baik diam setelah dirogol [SALAH]
- Seksyen 376 Kanun Keseksaan menyatakan bahawa sesiapa yang melakukan perkosaan akan dihukum penjara sehingga dua puluh tahun, dan boleh dikenakan hukuman rotan. Pelaporan dan rangkaian sokongan yang baik meningkatkan kadar disabitkan.
- Seorang suami dibenarkan merogol isterinya kerana itu adalah haknya. [SALAH]
- Rogol perkahwinan tidak diiktiraf di sisi undang-undang tetapi Seksyen 375A baru menyatakan mana-mana suami yang menyebabkan rasa takut akan kematian atau kecederaan terhadap isterinya untuk melakukan hubungan seks akan dihukum selama tempoh yang boleh mencapai lima tahun.
Diadaptasi daripada laman fakta Women's Aid Organization http://wao.org.my
Aktiviti 10.3: Apa jadi kalau...
Masa: 35 minit
Kumpulan umur yang dicadangkan: 6-15 tahun
Class discussion or small group discussion
Bahan-bahan: Papan tulis, Pen penanda
Objektif:
Kaedah:
Tips untuk fasilitator:
Kumpulan umur yang dicadangkan: 6-15 tahun
Class discussion or small group discussion
Bahan-bahan: Papan tulis, Pen penanda
Objektif:
- Untuk mengajar kanak-kanak tentang pendekatan berbeza yang dilakukan oleh orang dewasa yang mencurigakan.
- Untuk mengajar kanak-kanak bagaimana bertindak balas atau respons dalam keadaan tertentu dan mencegah diri daripada menjadi mangsa.
Kaedah:
- Fasilistor akan diberikan 5 minit untuk menerangkan permainan dan memberikan contoh.
- Tuliskan senario di papan tulis.
- Bincangkan senario
Tips untuk fasilitator:
- Biarkan kanak-kanak untuk menjadi terbuka dan jangan menilai pendapat mereka.
- Tanya mereka apa yang akan mereka lakukan jika mereka menghadapi keadaan sedemikian.
- Melakonkan peranan.
- Tanya mereka mengapa mereka akan bereaksi dengan cara demikian terhadap senario tersebut.
- Selepas mengumpulkan isi-isi penting dari perbincangan, ringkaskan dan nyatakan tindak balas yang sesuai dengan senario ini.
SENARIO 1:
Orang asing memberikan anda ais krim di taman permainan dan mula berbual dengan anda sambil memegang tangan anda. Dia juga memuji pakaian/seluar anda.
SENARIO 2:
Penjaga anda meminta anda supaya menyimpan rahsia daripada ibu dan ayah anda.
SENARIO 3:
Seseorang mengambil basikal anda di seberang jalan dan meminta anda untuk mendapatkannya.
SENARIO 4:
Jiran anda meminta anda datang ke rumahnya dan melihat anak kucing baru. Dia meminta anda untuk datang sendirian.
SENARIO 5:
Seorang warden mula berkawan dengan anda, dan datang ke bilik anda terutama apabila rakan sebilik anda tiada.
SENARIO 6:
Seorang lelaki yang lebih tua secara peribadi memalsukan anda di halaman media sosial anda (Facebook/Twitter/Instagram/Blog/Whatsapp/WeChat/Line/KakaoTalk dan lain-lain). Dia kelihatan kacak dan agak baik. Dia meminta untuk sembang secara langsung.