Teknologi dan media sosial membawa banyak cabaran positif dan negatif dalam penggunaannya. Menyedari bahaya dan cara orang menyalahguna media komunikasi boleh membantu anda menggunakan teknologi dengan cara terbaik dalam hidup anda. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu anda ketahui.
- Sexting - Sexting bermaksud menggunakan alat digital anda untuk mengambil dan menghantar mesej yang tidak seronok atau imej seksi. Memuat naik gambar-gambar ke dalam talian mungkin kelihatan seperti satu keseronokan, tetapi ia boleh disebar atau dipos ke laman-laman umum menyebabkan anda berasa malu apabila keluarga, guru-guru dan rakan-rakan anda melihatnya. Jika anda berusia di bawah 18 tahun, anda mungkin melakukan kesalahan pornografi kanak-kanak, yang merupakan satu jenayah.
- Pornografi - Apabila anda sedang dalam talian, anda mungkin menjumpai kandungan seksual secara tidak sengaja, atau dihantar bahan lucah. Orang muda secara semula jadinya ingin tahu dan mungkin ingin meneroka. Walau bagaimanapun, kebanyakan bahan lucah tidak memberikan gambaran realistik seks dan perhubungan.
- Grooming - Grooming dalam talian menerangkan tentang seseorang yang berkawan dengan kanak-kanak untuk mengambil kesempatan ke atas mereka untuk tujuan seks melalui aplikasi web atau chat. Groomers boleh masuk ke rangkaian sosial yang digunakan oleh orang muda seperti WeChat dan berpura-pura menjadi rakan sebaya seperti mereka. Groomers mendapatkan kepercayaan dengan menggunakan identiti palsu, berpura-pura mempunyai minat yang sama, menawarkan hadiah dan mengatakan perkara yang baik kepada kanak-kanak tersebut. Setelah mendapat kepercayaan, groomer akan meminta sesuatu yang bersifat seksual seperti foto atau video kanak-kanak itu sendiri. Malah ada yang mengadakan pertemuan, dan mengatur untuk melakukan hubungan seks.
Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
Di Malaysia, terdapat undang-undang yang berkaitan dengan seks siber dan pornografi. Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia menyatakan bahawa akta tersebut melarang kandungan yang tidak senonoh, lucah, palsu, mengancam atau menyinggung perasaan dengan tujuan untuk mengganggu, mendera, mengancam atau mengganggu sesiapa.
Seksyen 292 Kanun Keseksaan
Undang-undang ini meliputi jenayah mengedar, mengimport, mengeksport dan menerima keuntungan dari bahan lucah bercetak. Di bawah seksyen ini, mana-mana pihak yang disabit kesalahn boleh dihukum penjara sehingga 3 tahun atau denda atau kedua-duanya
Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002
Tiada seorang pun boleh memiliki atau menyebabkan dirinya memiliki, hak jagaan, kawalan atau pemilikan; atau menyebar, mempamer, mengedar, memapar, mengeluar, menghasilkan, menjual atau menyewa, apa-apa bahan filem atau publisiti filem yang lucah atau sebaliknya bertentangan dengan kesopanan awam. Siapa yang melakukan kesalahan di atas boleh didenda antara RM10000 - RM50000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Akta Jenayah Seksual 2017
Akta ini bertujuan untuk melindungi kanak-kanak dari jenayah seksual. Akta ini melindungi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun, selaras dengan Akta Kanak-kanak 2001. Sesiapa yang disabitkan atas tuduhan menghasilkan, menyimpan, dan mengedar bahan pornografi kanak-kanak boleh dipenjarakan tidak melebihi 30 tahun dan sebatan tidak kurang daripada 6 sebatan. Individu yang didapati bersalah melakukan seks fizikal pula boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. Seks fizikal termasuklah menyentuh badan kanak-kanak, menyuruh kanak-kanak untuk menyentuh badan orang lain, meminta kanak-kanak menyentuh badannya sendiri tanpa melakukan hubungan seks.
Bagi jenayah yang tidak melibatkan hubungan fizikal, seperti melakukan hubungan seks di hadapan kanak-kanak, individu terbabit boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun / denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. Sesiapa yang menyimpan maklumat mengenai kesalahan seks kanak-kanak boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 5,000.
Bagi jenayah yang tidak melibatkan hubungan fizikal, seperti melakukan hubungan seks di hadapan kanak-kanak, individu terbabit boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun / denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. Sesiapa yang menyimpan maklumat mengenai kesalahan seks kanak-kanak boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 5,000.