Pengguguran selamat dilakukan oleh pakar perubatan yang terlatih di tempat yang selamat dan bersih. Pengguguran selamat boleh dilakukan samada melalui pembedahan (biasanya melalui sedutan vakum) atau secara perubatan (menggunakan pil).
Adakah anda tahu bahawa di Malaysia, pengguguran hanya boleh dilakukan oleh doktor berdaftar atas sebab-sebab tertentu yang khusus?
Malangnya, jika seseorang wanita tidak tahu tentang itu, dia mungkin menggunakan khidmat perawat tradisional atau melakukan pengguguran sebarangan daripada orang yang mengambil kesempatan ke atas keadaannya. Pengguguran tidak selamat mungkin dilakukan sendiri atau oleh orang yang tidak mahir dengan menggunakan cara yang berbahaya dan haram. Kaedah sedemikian mungkin termasuk meletakkan peralatan yang tidak selamat ke dalam faraj, memasukkan barang-barang (seperti penyangkut baju) ke dalam rahim atau mengambil ubat-ubatan tradisional, termasuk racun.

Akibat Pengguguran Tidak Selamat
Sesetengah wanita pernah menjalani pengguguran yang tidak selamat di Malaysia menggunakan buluh atau wayar yang dimasukkan ke dalam rahim. Kadang-kadang, wanita mencuba kaedah berbahaya seperti meminum peluntur atau memukul perut.
Risiko utama prosedur pengguguran tidak selamat adalah jangkitan, yang boleh mengakibatkan kematian. Pengguguran tidak selamat juga boleh menyebabkan pendarahan, trauma pada alat kelamin dan jangkitan saluran pembiakan yang membawa kepada kemandulan.
Kini, banyak pil pengguguran dijual di media sosial. Bagaimanakah kita dapat mengetahui ubat itu selamat atau sebaliknya? Mengambil pil yang tidak diketahui asal usulnya atau yang dibeli melalui media sosial (Facebook/WhatsApp/Instagram) mempunyai risiko yang tinggi kerana kita tidak tahu kandungan sebenar ubat tersebut.
Adalah penting untuk mendapatkan ubat atau maklumat daripada doktor yang boleh dipercayai.