Tekanan Rakan Sebaya / Tekanan Perhubungan
Setiap orang mempunyai keinginan untuk dapat menyesuaikan diri dalam sesuatu kumpulan. Pernahkah anda diberitahu, “ Alaaa… Semua orang buat, kenapa awak tak?” Anda pasti akan banyak kali mengalami tekanan rakan sebaya sewaktu zaman remaja.
Seorang rakan mahu ponteng kelas dan mengajak anda ikut sama. Seseorang menawarkan rokok kepada anda secara percuma. Atau rakan anda bercakap mengenai ingin melakukan hubungan intim dengan teman lelakinya/teman wanitanya. Apa kata anda? Adakah anda tertarik untuk mengikuti mereka, atau mampukah anda berpegang teguh pada apa yang anda percaya?
Ramai remaja beranggapan "tidak ada yang buruk boleh berlaku kepada saya" dalam situasi ini. Tetapi anda perlu melihat kepada risiko dan komplikasi yang mungkin terlebih dahulu. Cuba gunakan soalan-soalan ini dalam situasi-situasi ini:
Tetapi adakah anda sedar yang tekanan rakan sebaya juga boleh menjadi positif? Ia boleh membantu anda untuk berlatih lebih kuat dalam sukan, atau cuba untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Kita boleh melengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan supaya dapat membantu kita mengurus tekanan dengan baik. Ingat, anda tidak bersendirian, dan pertolongan ada di sekeliling anda

- Adakah ini akan menyakiti tubuh saya?
- Adakah ini akan menyakiti orang lain?
- Adakah ini bertentangan dengan undang-undang? Adakah saya akan masuk penjara?
- Apakah kesan jangka panjang terhadap pendidikan atau hubungan kekeluargaan saya?
Tetapi adakah anda sedar yang tekanan rakan sebaya juga boleh menjadi positif? Ia boleh membantu anda untuk berlatih lebih kuat dalam sukan, atau cuba untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh. Kita boleh melengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan supaya dapat membantu kita mengurus tekanan dengan baik. Ingat, anda tidak bersendirian, dan pertolongan ada di sekeliling anda
Mengurus Tekanan
Adakah anda merasa tertekan?
Itu tidak memeranjatkan! Tekanan adalah sangat biasa di kalangan remaja. Kadang-kadang tekanan bertukar menjadi kemurungan atau kemarahan.
Sekolah adalah salah satu daripada sumber tekanan kepada remaja. Ada di antara kita yang mempunyai masalah keluarga, masalah perhubungan, dan banyak hal lain di dunia yang membuat kita berasa emosional dan menunjukkan tanda-tanda fizikal tekanan. Gejala-gejala yang biasa termasuk rasa letih, gugup, mempunyai pemikiran negatif, dan masalah tidur. Makan terlalu banyak, atau terlalu sedikit juga dikaitkan dengan tekanan.

Jangan risau. Dengan bantuan yang betul, anda boleh menguruskan tekanan anda agar ia tidak menyebabkan sebarang masalah kesihatan. Mari kita lihat apa yang boleh kita lakukan.
|
Ringkasnya, zaman remaja adalah salah satu peringkat hidup yang paling kompleks, apabila orang muda mengambil tanggung jawab baru dan bereksperimen dengan kebebasan. Apabila mereka dilibatkan dan disokong, remaja mampu berjaya dan menyumbang kepada komuniti dan keluarga.