Penggunaan kondom dalam kalangan lelaki telah meningkat di banyak negara sejak sedekad yang lalu tetapi masih tidak konsisten. Dilaporkan bahawa sifat pasangan atau perhubungan mempengaruhi corak penggunaan kondom. Penggunaan kondom lelaki dan sokongan penggunaan kontraseptif pasangan mereka lebih cenderung apabila terdapat komunikasi yang sihat atau rundingan antara pasangan. Oleh itu, komunikasi adalah penting dalam menggalakkan amalan kontraseptif. Mengetahui tentang penggunaan kondom dan HIV/AIDS atau jangkitan seksual yang lain sahaja tidak mencukupi.
Sesetengah halangan kepada penggunaan kondom termasuklah ketidakselesaan, tidak mempunyai kondom apabila mereka memerlukan, kurang pengetahuan mengenai penggunaan yang betul, kos yang tinggi, sifat aktiviti seksual mereka, norma sosial yang tidak menggalakkan komunikasi antara pasangan, dan kepercayaan sosial tentang siapa yang bertanggungjawab untuk mencadangkan penggunaan kondom. Di sesetengah masyarakat, menjadi kepercayaan umum bahawa disebabkan kesihatan reproduktif adalah kebimbangan dan merupakan “masalah wanita, maka wanitalah yang perlu mencadangkan penggunaan kondom atau kaedah kontrasepstif lain. Menggalakkan penggunaan kondom di kalangan lelaki adalah penting.