Apabila anda berhadapan dengan banyak pilihan, tetapi diminta untuk memilih satu pilihan yang anda tidak mahu, anda mungkin perlu memberikan alasan mengapa atau cuba untuk mencapai kata persetujuan. Ini dipanggil rundingan.
Berikut adalah beberapa langkah untuk membantu anda berunding dengan jayanya.
Dalam perhubungan, pasangan anda mungkin suatu hari membuat keputusan untuk intim secara seksual, sedangkan anda tidak bersedia.
Berikut adalah beberapa langkah untuk membantu anda berunding dengan jayanya.
- Tahu apa yang anda mahu dan bagaimana untuk menerangkannya.
- Memastikan orang lain tahu apa yang boleh dan tidak boleh diterima.
- Mengutarakan idea yang jelas dan rasional yang menyokong pilihan anda.
- Cuba memahami pandangan orang lain untuk melihat bahagian mana yang anda setuju.
- Cari cara untuk berkompromi yang boleh anda terima.
- Akhirnya, capai perjanjian ATAU bersedia untuk memberikan mesej "Tidak" yang jelas jika anda tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut.
Dalam perhubungan, pasangan anda mungkin suatu hari membuat keputusan untuk intim secara seksual, sedangkan anda tidak bersedia.
Bagaimanakah anda mengatakan "Tidak" terhadap tekanan seksual?
- Berkata "Tidak". Sebut perkataan dengan kuat dan dengan suara yang tegas.
- Gunakan bahasa tubuh yang menyokong mesej "Tidak".
- Ulangi jika perlu.
- Cadangkan alternatif, berunding sesuatu yang lebih sihat dan selamat untuk dilakukan.
- Sekiranya keadaan menjadi ganas, atau anda takut kemungkinan itu terjadi, tinggalkan atau pergi ke kawasan awam.