Apa yang menyebabkan pemerdagangan kanak-kanak dan wanita berlaku?
Sebab utama pemerdagangan manusia mungkin berbeza antara satu negara dengan negara yang lain. Ia adalah satu fenomena kompleks yang biasanya dipengaruhi oleh keadaan sosial, ekonomi dan budaya. Walau bagaimanapun terdapat faktor-faktor yang serupa seperti:
|
Teknik pemerdagangan!
Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana pedagang haram mendapatkan mangsa mereka? Inilah caranya:
- Pengaruh setempat membantu mereka mengenal pasti orang yang berpotensi dan terdedah menjadi mangsa
- Jualan secara terus di mana wanita dan kanak-kanak dijual melalui pasaran gelap oleh ibu bapa mereka, ahli keluarga terdekat, rumah anak-anak yatim atau penjaga.
- Agen sindiket penipuan yang menipu ibu bapa/penjaga dan mengumpan wanita dengan janji palsu mendapatkan pekerjaan yang lebih baik dan bergaji tinggi di bandar atau berkahwin dengan keluarga yang kaya
- Perhambaan berhutang di mana pedagang haram membayar sejumlah wang kepada ibu bapa untuk mengikat anak-anak mereka bagi perburuhan atau perhambaan seks. Terma-terma hutang biasanya tidak jelas.
Apa yang berlaku kepada mangsa?
Kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa biasanya jatuh ke lembah pelacuran dan perhambaan. Walau bagaimanapun, mereka mungkin dieksploitasi untuk kerja-kerja lain:
|