Bagaimanakah saya dapat mengetahui jika seseorang itu hamil?
Selepas melakukan hubungan seks dan seseorang gadis mendapati bahawa dia terlepas tempoh haidnya, kemungkinan dia sedang hamil. Selain itu, dia mungkin berasa kurang sihat, mual dan mengalami muntah-muntah. Payudara juga membesar. Seseorang gadis juga boleh mengesahkan kehamilannya dengan menggunakan alat penguji kehamilan yang boleh dibeli di farmasi tempatan, pasar raya atau klinik. Sekiranya ujian kehamilan adalah positif, gadis itu dinasihatkan untuk mendapatkan konsultasi dan kaunseling daripada doktor.
Bagaimana jika seseorang mendapati dirinya hamil?
Mendapat tahu bahawa anda atau pasangan anda hamil tanpa dijangka boleh mendatangkan kebimbangan. Kehamilan awal yang tidak dirancang boleh menyebabkan kecelaruan emosi, terutamanya apabila pasangan itu belum berkahwin.
Sekirangan kehamilan ini berlaku, ada bantuan dan sokongan yang anda boleh dapati. Yang paling penting ialah gadis itu tetap sihat dan selamat. Anda juga boleh berjumpa dengan seseorang yang boleh dipercayai bagi mendapatkan nasihat dan sokongan.
Gadis yang hamil tidak dirancang mempunyai beberapa pilihan. Antara pilihan tersebut adalah::
Pasangan/lelaki sama-sama bertanggungjawab terhadap akibat kehamilan dan adalah jalan terbaik sekiranya keputusan itu dibuat secara bersama dan dihormati. Peranan pasangan akan turut membantu dalam tempoh kehamilan yang tidak dirancang ini.

- Keibubapaan: Ini bermakna mengandungkan bayi sehingga tempoh lengkap kandungan dan kemudian terus menjaga anak itu sebagai ibu kandung. Ibu bapa bayi boleh atau tidak memutuskan untuk berkahwin.
- Anak angkat: Ia bermaksud mengandungkan bayi selama 9 bulan, dan kemudian menyerahkan anak itu kepada ibu bapa angkat. Adalah penting ini dilakukan secara sah di sisi undang-undang bagi memastikan bayi mempunyai dokumentasi, dan memberinya peluang terbaik dalam kehidupan. Terdapat juga peluang untuk menyerahkan bayi itu kepada ibu bapa angkat untuk menjaga bayi anda, sementara gadis (ibu kandung) menamatkan sekolah sehingga gadis bersedia untuk memikul tanggungjawab terhadap anak. [Orphancare +60 3-7876 1900]
- Pengguguran kandungan: Ini bermakna penamatan kehamilan. Pilihan ini dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Modul 9.