Kerangka Aktiviti
Aktiviti |
Masa |
Bahan |
Apakah pendapat ANDA? |
20 minit |
Aktiviti 9.1 |
Mitos Pengguguran Bayi - Benar atau Salah? |
25 minit |
Aktiviti 9.2 |
Rumusan |
5 minit |
Mesej untuk dibawa pulang |
Jumlah |
50 minit |
Persiapan dan Bahan
- Kad bertanda "YA" atau "TIDAK"
Aktiviti 9.1: Apakah pendapat ANDA? - Apakah Perngaruh dan Peranan yang Menentukan Pilihan yang dibuat seseorang?
Masa: 20 minit
Aktiviti: Pada tahap ini, hubungan yang cukup baik sudah sepatutnya terbina dengan para pelajar bagi mengadakan perbincangan mengenai hubungan seks. Adalah penting pandangan mereka didengar, dan menekankan bahawa tidak ada jawapan yang betul, melainkan anda ingin mendengar input mereka mengenai topik itu.
Perbincangan:
Aktiviti: Pada tahap ini, hubungan yang cukup baik sudah sepatutnya terbina dengan para pelajar bagi mengadakan perbincangan mengenai hubungan seks. Adalah penting pandangan mereka didengar, dan menekankan bahawa tidak ada jawapan yang betul, melainkan anda ingin mendengar input mereka mengenai topik itu.
- Mengapa anda berfikir remaja melakukan hubungan seks? Apakah antara sebab mereka tidak menggunakan kontrasepsi?
- Masyarakat memberikan gambaran yang berbeza-beza tentang seks. Bagaimanakah media dan industri hiburan mempengaruhi keputusan remaja mengenai seks? Adakah anda mahu seks digambarkan secara berbeza dalam rancangan televisyen dan filem yang popular? Jika ya, bagaimana
- Apakah antara cara-cara yang ibu bapa, adik beradik atau orang dewasa lain boleh lakukan untuk mempengaruhi keputusan anda mengenai seks? Apakah antara perkara yang boleh dikatakan orang dewasa untuk menggalakkan seorang remaja menunggu sebelum bersetubuh? Apakah yang boleh dikatakan orang dewasa untuk menggalakkan seseorang remaja menggunakan kontrasepsi yang berkesan?
- Apabila seorang gadis remaja hamil, apakah peranan yang harus dimainkan oleh bapa kepada anaknya? Adakah anda fikir lelaki sentiasa memainkan peranan ini? Mengapa atau mengapa tidak?
Perbincangan:
- Tekankan bahawa pengetahuan yang betul akan membantu individu dalam membuat keputusan yang tepat untuk dirinya. Walaupun banyak mesej dan pengaruh yang bercampur-campur, masih boleh untuk membuat keputusan terbaik yang mereka mahu untuk masa depan mereka.
- Kesemua input keluarga, kebudayaan dan keagamaan akan termasuk dalam proses membuat keputusan, serta bagaimana seseorang menilai akibat daripada setiap keputusan. Pada akhirnya, setiap individu bertanggungjawab ke atas pilihan dan akibat yang mereka buat.
Aktiviti 9.2: Mitos Pengguguran - BENAR atau SALAH?
Masa: 25 minit
Aktiviti: Gunakan kad YA atau TIDAK untuk menyatakan samada pernyataan ini Benar atau Palsu.
Aktiviti: Gunakan kad YA atau TIDAK untuk menyatakan samada pernyataan ini Benar atau Palsu.
- Pengguguran adalah haram di Malaysia [Salah]
- Pengguguran adalah dibenarkan di Malaysia jika dilakukan oleh doktor berdaftar bagi menyelamatkan nyawa ibu atau demi kesihatan mental atau fizikal ibu.
- Hanya gadis remaja mencari perkhidmatan pengguguran [Salah]
- Gadis remaja hanya sebahagian kecil daripada pencari pengguguran. Majoritinya berusia di atas 20 tahun.
- Orang yang sudah berkahwin juga mencari perkhidmatan pengguguran [Betul]
- Ya, wanita yang sudah berkahwin biasanya mencari perkhidmatan pengguguran. Mereka mungkin mengalami kegagalan kontrasepsi, telah memutuskan yang ia bukan masa yang sesuai untuk mempunyai anak lagi atau atas sebab lain.
- Akses kepada perkhidmatan pengguguran adalah hak wanita [Betul]
- Akses kepada perkhidmatan pengguguran selamat adalah sebahagian daripada hak seksual dan reproduksi setiap wanita. Walaupun pengguguran tidak harus dilihat sebagai satu bentuk kontrasepsi, adalah menjadi pilihan wanita untuk menentukan bilangan dan jarak anak yang diinginkan.