Golongan yang dikenali sebagai lesbian, gay, biseksual atau transgender (LGBT) mempunyai keprihatinan kesihatan tambahan yang berkaitan dengan orientasi seksual mereka. Setiap orang berhak mendapat akses kepada penjagaan kesihatan untuk melindungi diri daripada penyakit.
Sebagai contoh, lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki (MSM) mempunyai kadar HIV/AIDS dan STI yang lebih tinggi. Seks dubur adalah lebih berisiko daripada seks faraj bagi penularan HIV. Sekiranya anda mengamalkan seks sejenis, anda perlu mengambil tindakan berikut :

- Bercakap dengan jujur dengan pasangan anda, dan dapatkan ujian secara sukarela dan berkala.
- Gunakan kondom dengan betul, dan gunakannya SETIAP KALI anda melakukan hubungan seks.
- Hadkan bilangan pasangan seks anda.
- Dapatkan vaksin Hepatitis B dan HPV.
Berikut adalah berberapa sumber bagi komuniti LGBT di Malaysia.
- Pink Triangle Foundation Malaysia http://www.ptfmalaysia.org/
- 3 Floor, 16-3 Jalan 13/48a, Boulevard Business Centre, Sentul Raya, 51000 Kuala Lumpur.
- Tel: 03 40513611 atau 03 40444611
- 3 Floor, 16-3 Jalan 13/48a, Boulevard Business Centre, Sentul Raya, 51000 Kuala Lumpur.
- Klinik Kesihatan Malaysia http://www2.moh.gov.my/gov_clinics
- Centers for Disease Control and Prevention https://www.cdc.gov/msmhealth/for-your-health.htm