Setiap orang bertindak dengan cara yang berbeza dalam hubungan. Ada yang sihat, ada yang mendera, dan banyak yang berada di antaranya. Adalah penting untuk kita tahu apa yang boleh berpotensi menjadi penderaan supaya dapat menegakkan hak-hak kita. Hubungan yang sihat adalah berdasarkan kesaksamaan dan rasa hormat. Orang yang mempunyai kelakuan seks yang sihat lebih cenderung untuk menjadi penyayang, menghormati dan menjaga hubungan intim mereka. Tingkah laku seksual yang sihat biasanya selamat (safe), membantu (helpful), sesuai dengan usia (age-appropriate), menghormati (respectful) dan positif (positive) (SHARP).
Semasa kita muda, beberapa tingkah laku adalah saling menggoda dan main-main. Contohnya apabila anda mengajak seseorang menonton wayang atau bersiar-siar bersama.
Walau bagaimanapun, tidak semua tingkah laku seksual adalah sihat. Ada yang boleh menimbulkan masalah dan berbahaya pada masa-masa tertentu. Sesetengah tingkah laku tidak sesuai dengan umur dan/atau tidak saling dipersetujui. Sebagai contoh, ketika seorang dewasa meminta anda melakukan sesuatu yang anda tidak selesa, seperti menukar pakaian di hadapannya.

Gangguan boleh melibatkan komen, isyarat dan tindakan yang bertujuan untuk menyakiti, menyinggung perasaan atau mengugut orang lain. Gangguan seksual dianggap sebagai kelakuan atau permintaan yang berunsur seksual yang tidak sesuai. Gangguan seksual biasanya melibatkan penampilan, bahagian badan, orientasi seksual atau aktiviti seksual seseorang. Gangguan seksual boleh berlaku dalam bentuk lisan atau fizikal, dan ia adalah bertentangan dengan undang-undang. Tingkah laku gangguan seksual termasuk panggilan nama yang tidak senonoh atau berunsur seksual, tekanan secara berterusan untuk keluar bersama atau melakukan seks, memberi komen seksual tentang seseorang, dan lain-lain lagi. Ia bukan hanya berlaku pada perempuan malahan juga pada lelaki. Sesetengah pelaku menggunakan teknologi komputer untuk mengganggu seseorang secara seksual, contohnya menghantar mesej, gambar atau video pornografi melalui media sosial.
|
Sesuatu tingkah laku dianggap kasar/ganas secara seksual jika terdapat unsur tekanan dan paksaan untuk melakukan aktiviti seksual yang tidak diingini dalam sesuatu perhubungan. Keganasan melibatkan kuasa dan kawalan. Penderaan seksual adalah aktiviti seksual yang tidak diingini, di mana pelaku mengancam, menggunakan kekerasan atau bertindak ke atas mangsa tanpa keizinan mereka.
Sesetengah orang menganggap jika seseorang itu tidak melawan, ia tidak dianggap sebagai penderaan seksual. Ini tidak benar! Hanya kerana mangsa tidak mengatakan "TIDAK" tidak bermakna dia mengizinkan. Keizinan sangat penting dalam mana-mana hubungan.
Apa itu keizinan? Keizinan bermaksud kedua-dua pihak bersetuju terhadap sesuatu tingkah laku. Ingat, bahawa sekiranya seseorang mengatakan 'TIDAK', itu tidak bermasuk mereka bersetuju tentang perkara tersebut. Pastikan anda berdua sama-sama bersetuju dan dapatkan keizinan setiap kali!
Ingat bahawa:

- Keizinan adalah berdasarkan kepada pilihan yang bebas.
- Keizinan adalah aktif, bukan pasif.
- Keizinan adalah satu proses.
- Keizinan hanya boleh dilakukan jika kedua-dua pihak mempunya hak sama rata.