Adakah anda pernah mempunyai hubungan dengan seseorang yang istimewa? Dating boleh membawa maksud yang berbeza pada orang yang berbeza. Dating biasanya merujuk kepada dua orang yang berada dalam satu hubungan romantis atau intim. Anda mungkin merasakan satu kaitan istimewa secara emosi dengan orang itu dan berfikir anda sedang "dilamun cinta"
Perhubungan mungkin bermula dengan minat dan bertukar menjadi perasaan saling sayang menyayangi. Hubungan romantis tidak semestinya bersifat seksual, tetapi kadang kala, ia melibatkan aktiviti seksual. |
Adakah anda dan pasangan anda dating? Adalah baik jika anda dan pasangan anda mempunyai pemahaman yang sama. Soalan-soalan ini boleh membantu:
- Adakah anda mempunyai perasaan romantis terhadap orang ini?
- Adakah anda dan orang yang anda minati sama-sama mencari satu hubungan yang serius?
- Adakah anda menghabiskan masa atau keluar untuk janji temu berdua tanpa kawan-kawan?
- Adakah status hubungan anda sesuatu yang anda kongsi bersama orang lain atau dalam talian, seperti di Facebook?
- Adakah kedua-dua yang terlibat dalam hubungan itu bersetuju bahawa ia adalah eksklusif?
Bilakah anda boleh mula berdating?
Bilakah anda boleh mula berdating? Tiada usia yang ditetapkan, tetapi ibu bapa anda boleh menetapkan peraturan berdasarkan budaya, agama dan kepercayaan anda. Berbincanglah dengan ibu bapa anda untuk mendengar pandangan mereka. Mereka mungkin bimbang kerana sesetengah hubungan mungkin rumit, tidak sihat dan tidak selamat.
Jika anda tidak bersedia untuk perhubungan romantic yang serius, jauhi diri anda darinya. Sebaliknya tumpukan perhatian anda kepada pelajaran dan pencapaian matlamat anda.
Anda harus yakin dengan keputusan untuk berada dalam hubungan yang selamat. Ada ketikanya pasangan anda tidak bersetuju dengan keputusan yang anda ambil dan berasa marah atau perbalahan mungkin berlaku. Ini tidak bermakna mereka berhak untuk mencederakan atau bertindak ganas terhadap anda., Anda mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dengan bebas, pendapat atau tindakan anda juga patut dihormati. Tindakan tidak bertanggungjawab dan mencederakan pihak yang satu lagi hanya kerana anda lebih kuat adalah tidak sihat dan TIDAK OKEY.
Ada hubungan yang sihat, tidak sihat atau bersifat kasar.
Hubungan yang sihat melibatkan perasaan sayang dan saling menghormati. Komunikasi terbuka adalah satu sifat yang baik untuk membolehkan anda dan pasangan anda lebih memahami antara satu sama lain. TIADA tingkah laku kasar dalam hubungan yang sihat.
Hubungan yang sihat membuat kita berasa yakin dan selesa dengan diri sendiri . Hubungan sihat adalah berdasarkan pada rasa hormat, saling mempercayai antara satu sama lain, sentiasa bersifat jujur serta dapat berkomunikasi dengan baik. Kedua-dua pihak saling bersetuju dan tidak ada eksploitasi.
|
Hubungan yang tidak sihat membuat kita berasa tidak selamat. Ianya berlaku apabila wujud perasaan bengis, tidak hormat, mengongkong atau apabila ada unsur penderaan. Ramai orang mungkin merasa seperti berada dalam satu hubungan yang sebegini. Jika anda berada dalam situasi ini, ketahuilah bahawa anda tidak bersendirian, dan anda berhak untuk dapat yang lebih baik. Hubungan yang tidak sihat adalah petanda amaran. Jangan abaikan petanda-petanda ini.
|
Hubungan yang Sihat |
Hubungan yang tidak Sihat |
Saling menghormati satu sama lain. |
Merasa tidak dihormati |
Bina kepercayaan. |
Mementingkan diri sendiri. |
Jujur. |
Merasa terpaksa meluangkan masa bersama. |
Berkomunikasi secara berkesan. |
Komunikasi satu hala. |
Saling memberi dan menerima. |
Kekasaran fizikal (i.e Penderaan fizikal) |
Merasa selamat dan selesa dengan satu sama lain. |
Merasa marah atau kecewa apabila melibatkan pasangan. |
Mampu membantu dan menasihati satu sama lain secara berkesan. |
Takut untuk menjadi diri sendiri di hadapan pasangan. |
Pengaruh positif. |
Menyebabkan pengaruh negatif kepada pasangan. |
Merasa seronok ditemani pasangan dan tertunggu-tunggu perjumpaan seterusnya. |
Ketidakadilan |
Hubungan yang bersifat kasar tidak melibatkan fizikal semata-mata. Hubungan yang kasar juga boleh bersifat emosi, lisan, seksual atau juga kewangan. Kebiasaannya, ianya tidak jelas kelihatan pada mata orang luar. Sekiranya anda tahu seseorang yang berada dalam situasi ini, jadilah rakan yang menyokong, dan cari jalan bagaimana anda boleh membantu mereka.
Menyelamatkan diri dari Kekasaran
Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa kekasaran. TIDAK ADA mangsa yang tipikal. Keganasan dalam hubungan berlaku apabila seseorang merasa berkuasa dan mempunyai kawalan ke atas pasangan mereka dan memilih untuk berlaku kasar bagi mendapatkan dan mengekalkan kawalan itu. Jika anda berada dalam situasi sedemikian, ingatlah yang anda tidak bersendirian. Ambil tindakan:
Menyelamatkan diri dari Kekasaran
Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa kekasaran. TIDAK ADA mangsa yang tipikal. Keganasan dalam hubungan berlaku apabila seseorang merasa berkuasa dan mempunyai kawalan ke atas pasangan mereka dan memilih untuk berlaku kasar bagi mendapatkan dan mengekalkan kawalan itu. Jika anda berada dalam situasi sedemikian, ingatlah yang anda tidak bersendirian. Ambil tindakan:
- Sedar bahawa kelakuan sebegini salah.
- Bercakap dengan orang dewasa, rakan atau ahli keluarga yang anda percayai.
- Buat pelan keselamatan.
- Jangan terima atau buat alasan atas kelakuan kasar pasangan anda.
- Ingat bahawa kekasaran bukanlah salah anda.
Kuiz
Dengan ilmu, anda dapat melengkapkan diri dengan kemahiran agar selamat dan dapat melindungi diri anda.
- Sentiasa beritahu orang dewasa di mana anda berada. Jika tidak, hantar mesej kepada sahabat yang dipercayai.
- Urus kandungan dan foto siber anda dengan baik. Jangan hantar terlalu banyak maklumat peribadi.
- Ketahui bahawa anda mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dengan bebas dan pendapat setiap individu harus dihormati.
- Fahami bahawa sebarang bentuk keganasan tidak boleh diterima.
- Jika anda tidak pasti tentang keadaan anda pada bila-bila masa, anda berhak untuk meninggalkan hubungan dan mengatakan "TIDAK" bagi perkara yang anda tidak mahu lakukan
- Ketahui dan hargailah hak anda. Gunakan hak anda dengan sewajarnya dan penuh bertanggungjawab.
Dating
Dating berlaku apabila pasangan tertarik antara satu sama lain dan menghabiskan masa untuk mengenali diri masing-masing. Ia boleh menjadi satu pengalaman yang positif jika kedua-duanya saling menghormati antara satu sama lain Kebanyakan budaya, bergantung dari mana keluarga anda berasal, tidak menggalakkan dating di usia remaja kerana dikhuatiri akan kecewa atau akan hilang fokus pada pelajaran.
Dalam setiap keadaan, luangkan masa untuk menilai semua pilihan bagi memastikan apa-apa tindakan yang diambil adalah selamat.
Dalam setiap keadaan, luangkan masa untuk menilai semua pilihan bagi memastikan apa-apa tindakan yang diambil adalah selamat.