Pengenalan
Apabila kita meningkat dewasa, kita mula meneroka kepelbagaian hubungan sesama keluarga, kawan-kawan dan mereka di luar lingkungan keselamatan kita. Perhubungan dengan ibu bapa berubah sepanjang zaman remaja anda. Jumlah rakan mungkin menjadi lebih ramai atau berkurang . Anda juga mungkin mula mempunyai perasaan romantis terhadap seseorang. Perhubungan yang bermula dengan minat mungkin bertukar menjadi perasaan saling sayang menyayangi. Perhubungan yang kita alami dengan orang-orang di sekeliling kita mempunyai pengaruh yang besar terhadap kesejahteraan kita. Interaksi positif dan perhubungan yang sihat membantu membina kepercayaan dan membuat kita berasa selamat. Sesetengah perhubungan mungkin sihat manakala sesetengahnya mungkin tidak sihat atau bahkan bersifat kasar. Kemahiran membina perhubungan positif dan komunikasi yang berkesan amat penting dalam menjadikan perhubungan anda lebih sihat.
Teknologi dan media sosial mengundang banyak cabaran positif dan negatif dalam penggunaannya. Menyedari tentang bahaya penyalahgunaannya dapat membantu anda menggunakan teknologi dengan cara yang terbaik dalam kehidupan anda.
Mari kira terokai perhubungan yang sihat dan nilai-nilai kekeluargaan bersama-sama.