Setiap budaya mempunyai satu set jangkaannya sendiri bagi lelaki dan perempuan, remaja lelaki dan remaja perempuan harus berpakaian, berkelakuan dan berpenampilan. Apakah peranan gender yang anda nampak dalam budaya anda sendiri?
Kanak-kanak mempelajari peranan gender sejak kecil. Semasa kanak-kanak itu membesar, tingkah lakunya dipengaruhi oleh pujian dan kasih sayang. Mereka akan menghentikan atau menyembunyikan tingkah laku yang ditertawakan, dihukum atau dipermalukan. Pada usia tiga tahun, kanak-kanak biasanya telah mempelajari tentang barang permainanan dan pakaian yang "sesuai" bagi gender mereka dalam masyarakat.

Dari manakah anda fikir anda mendapat pengaruh anda? Fikirkan tentang pengaruh ibu bapa, keluarga, agama, budaya, televisyen, majalah, media sosial dan barang mainan anda.