Kanak-kanak pra-baligh terdedah kepada pencabulan kanak-kanak kerana tahap kesedaran mereka terhadap isyarat bukan lisan masih belum matang. Mereka tidak tahu membezakan antara orang yang boleh dipercayai dan orang yang tidak. Ada kalanya, pelaku pedofilia, yang tertarik kepada kanak-kanak secara seksual seringkali kelihatan sangat tidak berbahaya. Mereka boleh terdiri daripada sesiapa sahaja, dari sebarang latar belakang atau bahkan orang yang 'dipercayai'. Mereka boleh jadi lelaki atau wanita, guru yang baik, pengasuh bayi, ahli keluarga atau orang alim!
Ingat bahawa pelaku pedofilia mungkin:
Pelaku pedofilia cenderung mensasarkan kanak-kanak yang:
Pelaku pedofilia sering mendekati sasaran mereka dengan menggunakan banyak teknik yang berbeza. Mereka mendapatkan kepercayaan kanak-kanak dengan membuat mereka merasa selamat, menunjukkan kebaikan, mengisi emosi yang hilang (kasih sayang ibu bapa, pujian, ganjaran dan kegembiraan). Pelaku pedofilia sering menyasarkan kanak-kanak yang tidak mendapat kasih sayang emosi dan fizikal ibu bapa mereka, mereka inilah yang paling berisiko.
Antun seksual kanak-kanak adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan tindakan berterusan dan meyakinkan pelaku pedofilia untuk mendapatkan kepercayaan kanak-kanak dan juga ibu bapa mereka. Ini boleh berterusan selama berminggu-minggu, berbulan-bulan atau bertahun-tahun sehingga pelaku mencapai matlamat mereka.
Ingat bahawa pelaku pedofilia mungkin:
- Lelaki/wanita dari sebarang peringkat umur.
- Orang dari sebarang peringkat pendapatan.
- Orang dari mana-mana bangsa/etnik.
- Mana-mana pekerjaan profesional dan bukan professional.
Pelaku pedofilia cenderung mensasarkan kanak-kanak yang:
- kurang keyakinan diri.
- Latar belakang keluarga yang bermasalah (ibu bapa yang tidak hadir secara fizikal atau emosi).
- Pendiam/penyendiri.
- Mudah mempercayai orang yang tidak dikenali.
- Ibu bapa yang mempercayai mereka dan memberi kuasa untuk menjaga.
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai pengetahuan tentang seks.
Pelaku pedofilia sering mendekati sasaran mereka dengan menggunakan banyak teknik yang berbeza. Mereka mendapatkan kepercayaan kanak-kanak dengan membuat mereka merasa selamat, menunjukkan kebaikan, mengisi emosi yang hilang (kasih sayang ibu bapa, pujian, ganjaran dan kegembiraan). Pelaku pedofilia sering menyasarkan kanak-kanak yang tidak mendapat kasih sayang emosi dan fizikal ibu bapa mereka, mereka inilah yang paling berisiko.
Antun seksual kanak-kanak adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan tindakan berterusan dan meyakinkan pelaku pedofilia untuk mendapatkan kepercayaan kanak-kanak dan juga ibu bapa mereka. Ini boleh berterusan selama berminggu-minggu, berbulan-bulan atau bertahun-tahun sehingga pelaku mencapai matlamat mereka.
Bagaimana pelaku pedofilia menyantun atau mengumpan kanak-kanak?
- Mencuba rapat dengan ibu bapa mereka, terutamanya ibu/bapa tunggal bagi mendapatkan akses kepada anak-anak mereka.
- Menjadi sangat baik dan menyenangkan.
- Menawarkan perkhidmatan penjagaan bayi dengan harga murah atau bahkan percuma.
- Mengambil bahagian dalam acara yang melibatkan kanak-kanak.
- Meluangkan masa di tempat-tempat yang terdapat ramai kanak-kanak (taman permainan, tadika, sekolah rendah, arked)
- Menjadi ibu bapa angkat.
- Menyogok kanak-kanak dengan memberikan makanan percuma, gula-gula, wang, dan/atau apa saja yang kanak-kanak mungkin suka.
- Pesalah boleh menggunakan kedudukan mereka sebagai jurulatih, pendeta, ibu bapa, pemimpin pengakap, dan lain-lain untuk mengugut atau memaksa kanak-kanak untuk eksploitasi seksual atau penculikan.
- Pesalah mungkin mencadangkan permainan yang melibatkan sentuhan badan yang biasa seperti menggeletek atau bertinju untuk memudahkan sentuhan seksual.
- Peliwat mungkin memeras ugut atau mengancam kanak-kanak untuk bekerjasama atau diam. Mereka mungkin malah mendatangi kanak-kanak dengan senjata sebenar (iaitu "Masuk ke dalam kereta atau saya akan tembak kamu/keluarga kamu").
- Ramai peliwat kanak-kanak secara rutin mendedahkan mangsa sasaran mereka kepada pornografi yang mana dengan itu "menormalkan" aktiviti seksual dan menyiapkan suasana untuk menggoda.
- Peliwat akan sering menggunakan ubat-ubatan, terutama alkohol untuk melumpuhkan atau menggoda kanak-kanak. Umpan dadah sering digunakan bersama pornografi.
- Berkomunikasi dengan kanak-kanak melalui media sosial dan aplikasi sembang percuma.
Sumbang Mahram
Istilah sumbang mahram adalah istilah khusus yang digunakan untuk menggambarkan hubungan seksual antara ahli keluarga. Sumbang mahram adalah hubungan seks antara saudara yang rapat, atau antara orang yang saling berkait melalui perkahwinan. Di Malaysia, sesetangah pelaku penderaan seksual kanak-kanak adalah ahli keluarga. Ini adalah satu isu yang memberi kesan negatif jangka panjang kepada mangsa. Disebabkan hubungan kekeluargaan antara pelaku dan mangsa, sumbang mahram selalunya mengelirukan, sangat menyedihkan bagi mangsa, dan sukar untuk dibincangkan kerana stigma.