Orientasi seksual berbeza daripada gender atau identiti gender. Ia mengenai siapa anda tertarik kepada dan ingin mempunyai hubungan intim dengan.
Setiap kita mempunyai orientasi seksual. Ramai orang tidak sukakan label, tetapi secara umumnya, contoh orientasi seksual adalah seperti yang diterangkan di bawah. Terpulang kepada anda jika anda mahu melabel diri sendiri atau tidak.
Setiap kita mempunyai orientasi seksual. Ramai orang tidak sukakan label, tetapi secara umumnya, contoh orientasi seksual adalah seperti yang diterangkan di bawah. Terpulang kepada anda jika anda mahu melabel diri sendiri atau tidak.
- Orang yang tertarik kepada gender yang berlainan sering menyebut dirinya lurus atau heteroseksual.
- Orang yang tertarik kepada orang yang sama gender sering menyebut diri mereka gay atau homoseksual. Wanita yang gay mungkin lebih suka istilah lesbian.
- Orang yang tertarik kepada lelaki dan wanita, atau kepada sebarang jantina atau identiti gender, boleh memanggil diri mereka biseksual.
- Orang yang tidak pasti mengenai orientasi seksual mereka boleh memanggil diri mereka tertanya-tanya (questioning) atau ingin tahu.
- Orang yang tidak merasakan sebarang daya tarikan seksual terhadap sesiapa pun boleh memanggil diri mereka sebagai aseksual.
Diskriminasi terhadap golongan yang berorientasi seksual atau identiti gender berbeza berlaku dalam setiap masyarakat. Apa jua pandangan masyarakat terhadap isu ini, orang yang berorientasi seksual dan identiti gender berbeza berhak untuk tidak didiskriminasi dan dilindungi daripada keganasan. Namun begitu, dari sudut fitrah insani, golongan ini perlu dibimbing untuk menjalani kehidupan yang selari dengan fitrah berpasangan sesama manusia iaitu lelaki dan perempuan. Apakah yang boleh anda lakukan untuk membantu menghentikan diskriminasi ini?