A) Membangun Imej Diri yang Positif
Harga diri tidak tetap dan boleh berubah bergantung pada cara kita berfikir. Seseorang yang mempunyai harga diri yang positif akan menangani apa-apa perkara dengan penuh keyakinan.
Rendah harga diri
Seseorang yang mempunyai harga diri yang rendah atau negatif akan berfikir bahawa mereka tidak bagus dalam banyak hal, tidak berhak disayangi atau mendapat sokongan, dan sesuatu situasi yang dialami akan menjadi buruk bagi mereka.
Pernahkah anda selalu berfikir dalam benak anda "Saya bodoh" atau "Saya tidak boleh melakukannya" sebelum anda mencuba?
Pemikiran di atas adalah satu contoh persepsi rendah diri.
Remaja yang rendah harga diri:
|
Bagaimana seseorang dapat meningkatkan harga diri?
- Berhenti daripada terlalu mengkritik diri anda sendiri.
- Fokus kepada perkara yang berjalan dengan lancar bagi anda.
- Mengejari usaha dan bukannya mencapai kesempurnaan 100%.
- Lihat sesuatu kesilapan itu sebagai peluang untuk belajar
- Tetapkan matlamat yang kecil tetapi mudah dicapai.
- Kenalpasti apa yang anda boleh ubah dan tidak boleh ubah.
Imej Tubuh
Bagaimana perasaan remaja tentang rupa mereka? Perasaan seseorang tentang penampilan fizikalnya dipanggil imej tubuh. Lihat rakan-rakan di sekeliling anda. Setiap orang adalah unik dan mempunyai penampilan fizikal yang berbeza. Anda tidak boleh mengubah gen anda atau apa yang ada pada anda sejak lahir. Walau bagaimanapun, anda boleh meningkatkan diri anda secara positif dengan penampilan yang kelihatan lebih baik.
Sebagai contoh, jika kita mempunyai berat badan yang berlebihan, kita boleh mengurangkan berat badan dengan mengamalkan corak pemakanan yang sihat dan bersenam secara berkala. Memilih corak pakaian yang sesuai boleh menyerlahkan ciri terbaik dari bentuk badan kita, tanpa mengira saiz badan. |
Keyakinan
Membina keyakinan mengambil masa. Keyakinan diri termasuk kebolehan, penampilan, sikap dan aspirasi anda. Jika anda positif dan yakin, anda akan bertindak positif. Mari cuba latihan ini untuk memulakan langkah anda dalam meningkatkan keyakinan diri anda!
AKTIVITI: KEKUATAN DIRI SAYA
Bahan-bahan: Kertas, Pen.
Activiti: Minta setiap orang untuk menulis senarai perkara dalam Tugas 1 dan Tugas 2 (lihat di bawah).
Arahan:
Tugas 1: Berlatihlah Apa Yang Anda Mampu Lakukan Dengan Baik.
Tuliskan 3 bakat atau kualiti yang anda mampu lakukan dengan baik dan seronok melakukannya. Sekarang pilih satu kekuatan atau kemahiran untuk difokuskan. Tuliskan idea-idea tentang bagaimana anda boleh mencari masa untuk berlatih dan melakukannya sekali seminggu atau lebih.
Tugas 2: Buat satu senarai "Ya! Saya boleh"
Mulakan senarai panjang apa yang boleh anda lakukan - walaupun perkara-perkara kecil. Adakah terdapat beberapa perkara yang orang tidak tahu tentang anda?
Sebagai contoh: Saya boleh melukis kartun, saya boleh membaiki tayar pancit, saya boleh menunggang basikal, saya boleh bermain gitar, saya boleh memasak sambal yang lazat, saya boleh membuat robot, saya pandai mengambil gambar-gambar menarik, dan lain-lain.