Komunikasi yang berkesan termasuklah kemampuan untuk mengekspresikan diri sendiri, memahami orang lain secara lisan dan bukan lisan, dalam cara yang sesuai dengan budaya dan konteks. Kemahiran komunikasi yang berkesan sering membawa kepada hubungan yang bermakna dan sihat.
Contoh kemahiran komunikasi yang baik:
Contoh kemahiran komunikasi yang baik:
- Mendengar orang lain dengan penuh perhatian, membina hubungan baik dengan orang lain.
- Bersikap empati, mampu melihat sesuatu dari perspektif orang lain.
- Menggunakan bahasa tubuh dan ekspresi wajah yang sesuai untuk berkomunikasi.
Cara orang berkomunikasi boleh dikategorikan mengikut gaya komunikasi mereka iaitu:
- Pasif: Orang dengan gaya ini mengatakan "Ya" sedangkan mereka tidak benar-benar memaksudkannya, dan tidak meminta apa yang mereka mahu. Mereka cuba melakukan sesuatu agar mereka disukai, dan bersikap baik agar tidak menyakiti perasaan orang lain. Adakah anda tahu sebarang contoh seperti ini?
Contohnya. ANDA DAN PASANGAN anda berciuman di sofa; pasangan anda mula membuka butang seluar anda. Anda tidak mahu seintim itu. Tetapi anda tidak berkata apa-apa kerana anda mahu disukai. Anda akhirnya merasa dipergunakan.
- Agresif: Orang dengan gaya ini mendapatkan kemahuan mereka dengan cara menjatuhkan orang lain atau melanggar hak orang lain. Mereka bertindak balas disebabkan rasa marah atau takut tanpa menghiraukan kesannya terhadap orang lain.
Contohnya. Pasangan anda memanggil anda dengan perkataan yang tidak baik dan menghina anda. Ini melukakan perasaan anda terutamanya apabila dia mula mengejek dan merendah-rendahkan anda. Sebagai tindak balas, anda berteriak kepadanya "Pergi dari saya, bodoh!" Anda dapat apa yang anda mahu, tetapi anda mungkin kehilangan dan merosakkan hubungan tersebut.
- Tegas: Individu yang tegas mempunyai kemahiran untuk menegakkan hak diri sendiri dan orang lain dengan cara yang tenang dan terhormat. Orang dengan gaya ini mengatakan "Tidak" dengan tegas terhadap perkara yang mereka tidak inginkan. Orang yang tegas meminta apa yang mereka mahu tanpa menjatuhkan orang lain. Menjadi tegas boleh membantu anda berbincang dan bukan bertengkar atau bersembunyi.
Contohnya. Pasangan anda mula mencium anda. Anda berkata, "Berhenti, saya sukakan awak, tetapi saya tidak mahu seintim iNI." Ini membolehkan anda berdua berbincang tentang kompromi. Anda melindungi kehormatan diri dan tidak menyakiti orang lain.