Banyak usaha yang harus dilakukan untuk memastikan semua individu mendapat peluang yang sama dalam persekitaran yang menyokong, yang seterusnya akan memberikan mereka peluang untuk mendapatkan kemahiran, harga diri dan keyakinan untuk merasa bahagia dan berjaya dalam kehidupan.
‘TIDAK KIRA SAMA ADA PEREMPUAN/LELAKI; ANDA BOLEH MENJADI APA SAHAJA YANG ANDA IMPIKAN! GENDER TIDAK MENGHADKAN ANDA!'
SELAGI TIDAK BERCANGGAH DENGAN PEGANGAN AGAMA/ NILAI-NILAI YANG DIPEGANG
Adakah gender memainkan peranan penting? Malangnya, di negara-negara tertentu ia penting. Mereka masih mengamalkan ketaksamaan gender. Seseorang individu dilayan secara tidak saksama mengikut gender mereka. Ketaksamaan gender mewujudkan kekurangan pada perempuan. Di sesetengah negara, wanita mempunyai akses terhad kepada pendidikan, peluang kerjaya, perkhidmatan dan politik. Wanita lazimnya berada di rumah, menjaga keluarga kerana 'sifat' mereka untuk berbuat demikian. Hasilnya; wanita menjadi tidak berpendidikan, miskin dan terpaksa bergantung kepada lelaki untuk terus hidup.
Di Malaysia, gender tidak menghadkan kita. Walau bagaimanapun, wanita perlu berusaha lebih gigih untuk mendapatkan pekerjaan peringkat tinggi dan jawatan pembuat keputusan berbanding lelaki. Oleh sebab itu, kita masih terus meningkatkan kesaksamaan gender. Wanita digalakkan terlibat dalam politik dan pekerjaan peringkat tinggi. Pada akhirnya, adalah penting untuk mendidik masyarakat untuk menerima dan menghormati wanita dengan saksama.
Kita perlu mengarusperdanakan gender. Ia adalah satu proses yang memberikan layanan dan manfaat yang sama bagi wanita dan lelaki dalam semua bidang misalnya; pendidikan, peluang pekerjaan, perkhidmatan, politik, undang-undang; dan di semua peringkat. Mengarusperdanakan gender adalah penting untuk memberi hak asasi manusia dan keadilan sosial untuk lelaki dan wanita. Matlamatnya adalah untuk mencapai kesaksamaan gender.