Haid biasanya bermula kira-kira 2 tahun selepas payudara remaja perempuan mula berkembang. Ia biasanya bermula antara umur 11 hingga 14 tahun, ada kalanya lebih awal, ada kalanya lebih lewat. Pendarahan haid ini bermula dari rahim dan melalui faraj.
Bagaima ia berlaku? Adakah ia normal?
Ia adalah sesuatu yang sangat normal bagi seorang perempuan. Kitaran haid adalah kira-kira 28 hari. Adalah normal untuk mempunyai tempoh kitaran yang lebih pendek atau lebih panjang. Sebulan sekali, rahim menghasilkan lapisan baru endometrium untuk menerima telur yang disenyawakan dari ovari. Apabila tidak ada telur yang disenyawakan untuk memulakan kehamilan, lapisan rahim mengalir keluar sebagai darah haid.

Seseorang wanita akan mengalami pendarahan haid selama kira-kira seminggu dan kitaran haid tersebut berterusan setiap bulan. Purata kitaran adalah 28 hari, tetapi bagi sesetengah wanita, 21-35 hari juga adalah normal. Wanita akan mempunyai tempoh haid bulanan mereka bermula dari awal usia remaja hingga menopaus, sekitar umur 50 tahun.
Kitaran haid bermula dari hari pertama pendarahan haid hingga bermulanya kitaran haid seterusnya. Ketika haid, biasanya 2-3 hari aliran banyak, dan kemudian 2-4 hari pendarahan yang lebih sikit. Cecair semasa haid adalah campuran lapisan rahim dan darah. Tiada apa yang kotor dan tiada apa yang perlu dimalukan. Wanita menggunakan pad atau tampon untuk menyerap darah haid dan boleh melakukan semua perkara termasuk berenang dan bermain sukan.
Harus diingati bahawa wanita dan remaja perempuan mengalami ketidakselesaan pada hari-hari menjelang tempoh haid mereka, Sindrom Pra Haid (PMS) adalah gejala fizikal dan emosi yang dialami oleh ramai wanita dan gadis sebelum haid mereka, seperti jerawat, kembung, keletihan, sakit belakang, sakit payudara, sakit kepala, sembelit, cirit-birit, mengidam makanan, kemurungan, sukar menumpukan perhatian atau mengendalikan tekanan. PMS biasanya paling teruk semasa 7 hari sebelum haid seseorang perempuan itu bermula dan hilang sebaik sahaja haid bermula. Ramai juga yang mengalami kekejangan perut beberapa hari pertama haid mereka. Ini semua disebabkan oleh prostaglandin, bahan kimia dalam badan yang menjadikan otot dalam rahim mengecut.