Pengenalan
Remaja menghadapi pelbagai tekanan ketika zaman remaja. Ramai di antara anda akan mula menjalinkan perhubungan dan bercinta.
Dalam hubungan romantis, soal keintiman mungkin timbul, dan anda mungkin menghadapi tekanan rakan sebaya untuk memulakan hubungan seksual. Anda mungkin menghadapi percanggahan antara kepercayaan, nilai dan perasaan anda. Ingat bahawa sentiasa ada pilihan yang tersedia untuk anda, dan pengetahuan anda tentang setiap pilihan akan membantu anda membuat keputusan terbaik untuk diri anda mengenai tahap keintiman anda. Mari belajar bagaimana untuk mengetahui sama ada anda mampu melakukan abstinen. |